Laman Utama

[VIDEO] "Dia Sanggup Simpan Sendiri, Setitik Air Mata Pun Tak Keluar" - Rahsiakan Sakit, Bapa Kongsi Keadaan Terkini Sissy Iman

Shahrin Zulkifle
16/10/2022
05:00 MYT
Ayah kepada penyanyi Sissy Iman, Mohammad Kamil Mustaffa menyifatkan anaknya sebagai seorang insan yang kuat semangat dan baik hati.
Jelas Kamil yang juga mesra disapa ayahanda, disebabkan tidak mahu membuat dirinya risau, anaknya itu sanggup untuk merahsiakan jenis sakit yang dihadapinya.
“Dia seorang anak yang sangat kuat dan saya bersyukur mempunyai anak seperti dia. Dia jugalah penjaga mak ayah.
“Sehari sebelum bedah dia jumpa doktor, bila saya tanya kenapa jumpa doktor, dia kata jangan risau, dia baik-baik sahaja jawabnya. Apa jenis sakit yang dialami pun dia tak nak beritahu saya.
“Sedikit air mata pun tak keluar, saya dengan ibunya sudah menangis air mata berjurai-jurai tengok dia masuk bilik pembedahan pada 15 haribulan itu, kuatnya anak saya.
“Dia punya tahap tak nak saya risau, dia sanggup berdiam diri dan simpan sendiri. Katanya hanya pembedahan kecil, bila dia kata begitu, macam manalah saya tak menangis, saya sedih dan risau,” ujar ayahanda ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, ayahanda turut meluahkan rasa syukur kerana pembedahan anaknya itu telah berjalan dengan selamat.
Terdahulu pelantun lagu Pesanan Ayahanda itu memaklumkan dirinya akan ditidurkan seketika bagi menjalani satu pembedahan pada 14 Oktober lalu.
BACA: “Saya Akan Ditidurkan Seketika…” – Sissy Iman
Sementara itu, ibu kepada peserta Big Stage musim pertama, Zuraidah Yazid berkata, keadaan Sissy semakin stabil dan hanya perlu menjalani rawatan susulan.
“Alhamdulillah keadaan Sissy stabil dan masih dalam tempoh pemulihan, semakin baik.
“Dia boleh makan, boleh jalan. Saya galakkan dia banyakkan bergerak. Doktor kata dah boleh balik, jadi dia berehat di rumah sahaja, tiada yang teruk.
“Rawatan susulan akan tetap dilakukan dan dikawal oleh doktor,” katanya.
Sementara itu, Sissy turut memuat naik satu hantaran video di Instagram yang berkongsi keadaannya sudah selamat menjalani pembedahan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bonda Rozita Bahagia Dilayan Seperti Ratu Ketika Tunai Haji Dengan Aliff Syukri - “Walaupun Dia Slip Disk Stage 4 Tetap…”

gempak
01/07/2023
01:55 MYT
Bonda Rozita kongsi pengalaman tunai haji.
Laman Utama

[VIDEO] Selepas Dimarah Ibu, Aliff Syukri Serah Balik Takhta Penyanyi No. 1 Kepada Siti Nurhaliza - “Saya Dah Jadi Nombor 2…”

gempak
28/04/2023
07:55 MYT
Kelakar la Aliff Syukri ni.
Laman Utama

“Kalau Tak Suka Saya Cakap Tak Suka…” - Mas Idayu Akhirnya Buka Mulut Komen Sissy Iman & Naim Daniel

gempak
06/02/2023
06:00 MYT
Netizen puji Mas Idayu
Laman Utama

Mas Idayu & Sissy Iman Dah Berbaik, Ajai Saksi Mereka Berpelukan; “Dia Budak Bijak…”

gempak
06/02/2023
03:00 MYT
Alhamdulillah
Laman Utama

[VIDEO] “Dahlah Kitaorang Nak Berhenti Menyanyi…” - Naim Daniel Berseloroh Rancang Buka Katering Dengan Sissy Iman

gempak
27/01/2023
06:55 MYT
Yay Sissy dah boleh gelak-gelak la...