Laman Utama

[VIDEO] Diana Danielle Join Latihan Muay Thai Bersama Ahirine, Netizen Sempat ‘Sakat’ Farid Kamil - “DD Dah Turun Sendiri Tengok Kawasan”

Asyikin Mayudin
10/01/2023
05:55 MYT
Perkongsian video di TikTok pelakon Ahirine memperlihatkan dia melakukan latihan Muay Thai dan Kick Boxing bersama aktres Diana Danielle menarik perhatian netizen.
Ia berikutan sebelum ini, Ahrinie ada berkongsi video melakukan latihan itu bersama suami kepada Diana Danielle iaitu aktor Farid Kamil.
Rata-rata netizen berseloroh mengatakan penyertaan Diana dalam latihan itu disebabkan bimbang melihat Ahirine bersama suaminya.
“Nampaknya si Farid tengah nervous… kak Diana dah datang periksa persekitaran.
“Ramai sangat tag DD sebelum ni... ambil kau, DD siap join sekali dah.
“Ok semua dah boleh rilex. DD dah turun sendiri tengok kawasan,” antara komen netizen.
Bagaimanapun Diana turut meninggalkan komen di perkongsian tersebut dengan mengatakan Ahirine tengah mempengaruhinya untuk sertai aktiviti lasak itu.
“Anda telah berjaya meracuniku,” tulis Diana secara ringkas.
Terdahulu, video memperlihatkan Farid menumbuk perut Ahirine ketika sesi latihan Muay Thai yang dimuat naik aktres itu mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-rata netizen memberi amaran kepada Farid agar sentiasa beringat mengenai statusnya sebagai suami kepada Diana Danielle.
Sebelum ini juga, Ahirine pernah tampil memberi penjelasan mengenai video tular memperlihatkan Farid bantunya memakai topi keledar.
Tidak mahu video itu menjadi salah faham, Ahirine menjelaskan dia sudah menganggap Farid seperti abang memandangkan mereka bergandingan dalam filem Remp-It 2.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
@ahirinee We kick ass. #muaythai #kickboxing ♬ DON'T YOU WORRY - Black Eyed Peas & Shakira & David Guetta
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
goldmovie

#Gold: Dapat Sarung Jersi Badminton Rashid Sidek, Farid Kamil Anggap Watak Dalam Filem Satu Penghormatan Besar

gempak
15/07/2024
05:55 MYT
Memainkan watak sebagai Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek (Rashid Sidek) menerusi filem Gold, pelakon Farid Kamil berkongsi tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu menyarungkan jersi badminton sebenar daripada tahun 1992 bagi menjayakan karakter tersebut.
Hiburan

Farid Kamil Lalui Fasa Bahagia Selepas Rujuk, Tolak Dakwaan Jadi Pasangan Contoh - “Apa Yang Kami Buat Adalah Kembali Kepada Niat Asal Berkahwin”

gempak
06/07/2024
00:59 MYT
Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa syukur apabila kehidupannya kini lebih bahagia selepas kembali rujuk dan memulakan lembaran baharu bersama isteri tercinta, aktres, Diana Danielle.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.
Hiburan

Pertama Kali Berlakon Bersama Isteri, Farid Kamil Akui Kekok! - "Mula-Mula Teruja, Ingatkan Mudah... "

gempak
27/06/2024
11:55 MYT
Pelakon Farid Kamil menceritakan pengalamannya pertama kali bekerjasama bersama isteri, Diana Danielle dalam satu filem berjudul Baran.