Pertemuan penyanyi Ifa Raziah dan pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun yang tular baru-baru ini telah mendapat pelbagai reaksi netizen.

Selain menerima komen yang positif, tidak kurang juga yang mendakwa pertemuan itu memang sengaja direka untuk mencipta konten dan publisiti.

Ustazah Asma bagaimanapun tidak mendiamkan diri malah tampil memberikan keterangan mengenai perjumpaannya bersama Ifa Raziah itu.

Menurut Ustazah Asma, pertemuan itu sama sekali tidak dirancang atau bertujuan untuk meraih publisiti murahan.

“Pertemuan saya dengan Ifa Raziah tidak dirancang. Sama ada oleh pihak Ifa Raziah sekalipun…ada Al-quran di depan saya.

“Orang fitnah kata ustazah ini banyak drama. Lepas dia kecam-kecam buat pertemuan macam ini, boleh percaya ke, kata mereka sebegitu.

“Daripada awal lagi saya dah berniat, Ya Allah, temukanlah di mana-mana dengan kak Ifa Raziah saya nak settle. Sebab dalam hati tiada niat untuk membenci,” katanya.

Ustazah Asma menjelaskan perkara itu dalam satu kemas kini di akaun Instagram miliknya semalam.

Tambah beliau lagi, pertemuan itu tiada berkaitan dengan teguran yang pernah diberikan sebelum ini sebaliknya ia hanya kebetulan.

Menurutnya, isu tegurannya kepada penyanyi dangdut itu sebelum ini hanya sekadar tugasnya untuk menegur akhlak sesama manusia, bukan untuk membenci.

“Saya tak kisah saya difitnah atau disangka buruk. Tetapi yang lebih utama adalah berkenaan dengan pendidikan akhlak ummah.

“Mungkin di sebabkan itulah kekuatan. Bukan untuk membela diri saya tetapi saya perlu menulis bukan atas nak membersih dan menyucikan diri, tetapi atas sebab tuntutan agama itu sendiri,” jelasnya lagi.

Terdahulu Ifa Raziah berkongsi perasaan sebak dan terharu di akaun Instagram miliknya ketika berjumpa dengan Ustazah Asma Harun.

Menerusi video yang di kongsikan oleh Ifa Raziah, dia kelihatan terkejut apabila melihat kelibat Ustazah Asma’ kearahnya dan mereka berpelukan.

Namun begitu, perkongsian milik penyanyi dangdut itu telah meraih banyak reaksi dari warganet.

A post shared by Ustazah Asma Harun (@ustazahasmaharun)