Laman Utama

[VIDEO] Dikritik Pakai T-Shirt PN, Netizen Back-Up Aeril Zafrel - “Hak Dia Nak Sokong Siapa Kan?”

Izwan Isa
15/11/2022
12:50 MYT
Nama pelakon Aeril Zafrel sekali lagi menjadi bualan netizen apabila dia menggayakan t-shirt dengan tulisan Perikatan Nasional pada video terbaharu yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya baru-baru ini.
Menerusi video berkenaan, Aeril memuat naik sepotong soalan berbunyi: “Aeril undi apa nanti?”
@aerilzafrel8 kamu nanya? ya udah. .. #pru15 #pilihanraya ♬ original sound - aerilzafrel
Lalu, menerusi gambar berikutnya, Aeril berkongsi gambar dia menggayakan t-shirt parti berkenaan.
Hal tersebut mencetuskan kecaman dan beberapa pertanyaan dalam kalangan orang ramai khususnya di Twitter.
Menerusi satu ciapan, ada yang mempersoalkan adakah Aeril dibayar untuk menghasilkan video sedemikian. Tidak kurang, ada juga yang dalam kalangan pengguna yang mengkritik kembali tindakan netizen berkenaan, mengatakan sesiapa sahaja berhak untuk memilih sebarang parti politik bagi Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) nanti.
“Biarlah dia. Masing-masing ada pendapat sendiri. Ishh kau ni lah.”
“Biarlah dia nak sokong apa pun, dah kenapa tiba-tiba kata dapat duit pulak.”
“Lantak dia orang lah undi siapa pun.”
“Kalau aku jadi retis, kalau bayar, semua parti aku promote.”
“Tapi ni hak dia mahu sokong siapa kan?”
Terdahulu, sejak kempen PRU15 dimulakan, ramai dalam kalangan artis turut sama turun padang membantu menjadi jentera promosi bagi beberapa ahli politik.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Hiburan

“Tak Ada Sentuhan Atau Aksi Bukan-Bukan” - Abby Abadi

gempak
25/07/2024
02:08 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dirinya kelihatan menggeletis dengan aktor, Aeril Zafrel.
Sukan

Isu Baju Olimpik, MY Creative Moments Mohon Maaf Kelemahan Pelancaran Pakaian Rasmi Kontinjen Negara

gempak
28/06/2024
03:14 MYT
Penganjur sambutan Hari Olimpik Sedunia 2024, MY Creative Moments tampil memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul pada majlis pelancaran pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 di sebuah pusat beli-belah di sini, Ahad lepas.
Sukan

Teruk Dikritik, Pakaian Kontinjen Diperkenalkan Tak Akan Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik

gempak
27/06/2024
09:47 MYT
Pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.
Viral

Kritik Sikap Pekerja Kerajaan, Kenyataan Wanita Ini Terima Reaksi Bercampur Baur Netizen!

gempak
19/06/2024
07:38 MYT
Satu hantaran wargamaya mencetuskan api kemarahan ramai pihak apabila dirinya mengkritik sikap pekerja-pekerja kerajaan yang disifatkan sebagai suka mencuri tulang.