Nama pelakon Datin Fouziah Gous menjadi perbualan wargamaya selepas berkongsi muat naik terbaharu di laman TikTok miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, dilihat Fouziah sedang melakukan trend terkini di laman sosial berkenaan iaitu Swipe Challenge yang sedang tular sejak kebelakangan ini.

Pada video berkenaan, memperlihatkan aktres jelita itu manis mengenakan blouse longgar dan skirt labuh bewarna coklat serta bertudung jenis bawal.

@fouziahgous

Mmm ada banyak lagu intrend , from my acc tak boleh guna link offcial ?. Finally ada staff rajin ye nak buatkan ?

♬ original sound - FouziahGous

Bagaimanapun, apa yang menjadi perbualan netizen di ruangan balas adalah apabila tudung Fouziah kelihatan terangkat sedikit tinggi sehingga menampakkan sebahagian dalam inner bajunya.

Keadaan tersebut turut menyebabkan netizen membuat spekulasi sendiri sehingga ada yang mengadaikan itu adalah kulit sebenar aktres berusia 39 tahun itu.

Namun ada juga sebahagian netizen yang mempertahankan Fouziah dan menjelaskan itu adalah pakaian inner baju yang seakan dengan warna kulit.

Malah segelintir mereka turut menasihati netizen lain agar menyemak semula sebelum meninggalkan kata-kata berunsur fitnah di ruangan komen.

“Tengok dari tangan tahu dah itu inner, bukan nampak leher pun,” komen seorang wargamaya.

“Sebab itu dia berani post, sebab ada inner baju,” ujar seorang netizen.

“Inner baju tu, jangan salah faham,” kata seorang lagi warganet.

“Apa masalah mata netizen woi,” kata seorang lagi netizen.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 1.5 juta tontonan dan 61ribu tanda suka.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!