Penceramah selebriti yang juga merupakan suami kepada Neelofa memaklumkan isterinya itu bakal bersalin pada bila-bila masa.

PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail memaklumkan berita itu ketika sedang mengendalikan sebuah program.

“Isteri dah hampir due. Doakan Insya-Allah,” maklumnya.

Dalam pada itu, rakan gandinganmya iaitu Fakhrul Radhi memohon doa agar urusan Neelofa dan PU Riz dipermudahkan Allah SWT.

“Tapi sanggup berkorban tu, datang juga. Insya-Allah, kita doakan segalanya dipermudahkan,” ujarnya.

@seorangnur Pengorbanan seorang suami. Semoga dipermudahkan proses kelahiran untuk Lofa ??❤️ #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ A warm piano instrumental ballad(808701) - NOPPO MUSIC

Bagaimanapun PU Riz juga turut memaklumkan bahawa dia akan segera bergegas ke hospital untuk menemani Neelofa selepas selesai menjalankan tanggungjawab pada kerjanya.

“Korban tak korban. Selepas ini saya terus pergi,” maklumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Berpantang Anak Kedua 44 Hari, Neelofa Nak Pilih Khidmat Bidan Kampung

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.