Sejak mendirikan rumah tangga, kehidupan dan rutin harian pelakon Fatin Afeefa dan suaminya, usahawan Aliff Awang sering meraih perhatian netizen.

Terbaharu, ada yang mendakwa Fatin Afeefa memilih Aliff sebagai teman hidupnya semata-mata kerana lelaki itu merupakan seorang individu yang berada.

Menerusi satu hantaran video di Instagram, Aliff bertanyakan hal itu sendiri kepada isterinya.

A post shared by Aliff Awang (@diariseorangtrader)


“Jahanam betul lah, ada seorang mamat ni, dia cakap, Fatin Afeefa ni kahwin dengan saya sebab saya naik kereta mahal. Korang nak sangatkan? Korang cabar saya kan?

“Jom aku panggil bini aku, kita tanya bini aku aia kahwin dengan aku sebab apa,” katanya.

Sebaik sahaja soalan berkenaan diajukan kepada Fatin Afeefa, pelakon filem Tentang Bulan itu mendedahkan yang Aliff bukanlah individu kaya pertama yang pernah mendekatinya.

“Awak bukanlah orang kaya pertama yang dekati saya. Tapi awak yang paling handsome. Jadi saya kahwin dengan awak sebab awak handsome, comel.

“Saya pejam mata pun boleh rasa awak handsome. Kaya tu nombor dua,” katanya ringkas.

Aliff kemudian berkata, terpulang pada netizen untuk bersetuju apa tidak dengan jawapan yang diberikan oleh isterinya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan jawapan Fatin Afeefa dan mendakwa seseorang yang ingin mendirikan rumah tangga perlulah sekufu.

“Betul tu, lagipun kita memang digalakkan kahwin dengan sekufu. Level Opai (Aliff) dengan Fatin sama je, tak ada banyak kekurangan tak ada banyak kelebihan. Allah memang dah tetap kan jodoh korang berdua. Tak ada sebab McLaren ke kaya bagai.”

“Fatin ni bukan tak ada duit. Dia pun kaya. Mestilah cari orang yang selevel dengan dia. Tak akanlah dia ada level. Ada duit. Nak kahwin dengan orang yang bawah dia. Mestilah nak cari laki atas pada dia.”

Untuk rekod, Fatin Afeefa dikhabarkan mendirikan rumah tangga pada 30 Disember lalu.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.