Penyampai radio Era FM Fazziq Muqris memberitahu dia masih dalam keadaan baik selepas berlakunya kejadian panggilan misteri di konti baru-baru ini.

Bagaimanapun Fazziq mengakui dia berasa sedih apabila mengetahui ada dalam kalangan pendengar pada malam itu yang terkejut dan berhenti kereta tepi jalan.

Memohon maaf atas apa yang sudah berlaku, Fazziq menegaskan panggilan misteri tersebut bukan dirancang dan pengikutnya di TikTok mengetahui ketika itu dia hanya menjalankan tugas sahaja.

“Hi. Kepada sssiapa yang DM dan whatsapp, tanya saya okay ke tak? I'm good. But deep down I feel bad, ada yang terkejut, stop kereta tepi jalan dan selebihnya. Saya minta maaf.

“I have no idea about what happened. Ada yang cakap saya rancang benda tu. The truth is, saya tengah buat Live Tiktok dan gembira dapat berborak dengan followers saya.

“Yang ada dalam Live, korang tahu saya tengah buat apa. Jalankan tanggungjawab saya dan melayan followers. But, yeap saya okay,” katanya.

Pelakon drama siri popular Projek High Council itu memberi penjelasan perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya.

Terdahulu, Fazziq yang mengendalikan segmen 40 Era berdepan dengan detik menyeramkan apabila menerima panggilan telefon daripada pemanggil wanita.

Kejadian misteri itu terjadi sewaktu dia sedang membuat siaran langsung di TikTok radio terbabit sambil melayani pemanggil telefon yang meluahkan perasaannya sehingga hilang suara kerana menangis.

Video yang sempat dirakam dan dikongsikan di media sosial itu jelas kelihatan wajah Fazziq yang sedikit terkejut dan mulai pelik kerana cerita wanita tersebut seakan ingin memberitahu yang dirinya sudah tiada.

Malah, kedengaran suara wanita menangis itu mengilai sebelum panggilan tersebut berakhir sehingga menyebabkan Fazziq dan rakannya yang berada bersamanya iaitu Zain berasa terkejut.

@watiyie Ada yg seram Di sini... prank kah?? atau kisah nyata? tp serammm giler weh #panggilanmisteri #jatuhgaung1992 #kisahbenar #djradio #believeitornot ♬ bunyi asal - DEA