Laman Utama

[VIDEO] FFM32: Ummi Nazeera Terpeleot Di Karpet Merah, Netizen Puji Tetap Cantik; “Comel, Kalau Kami Dah Rebah…”

Shahrin Zulkifle
06/12/2022
09:00 MYT

Minggu lalu telah berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) di Encore, Melaka yang mana ia dihadiri oleh ramai penggiat seni tanah air.

Sudah pasti, setiap penampilan selebriti yang hadir menjadi tumpuan dan salah seorang yang mencuri perhatian ialah pelakon Ummi Nazeera.

Pada anugerah berprestij tersebut Ummi dilihat begitu cantik mengayakan gaun labuh berwarna serba hijau sambil ditemani suami yang lengkap mengenakan kot serba hitam.

Bagaimanapun, satu perkongsian video yang dimuat naik Ummi di laman TikToknya ketika sedang berjalan di karpet merah mencuit hati wargamaya.

Menerusi video berkenaan, Ummi yang asyik feeling berjalan secara tidak sengaja terpeleot dan menyebabkan tindakan pantas suaminya juga mencuri tumpuan ramai.

“Hahaha, terpeleot pulakk…” tulis Ummi ringkas pada kapsyen.

@umminazeera
HAHAHA. Terpeleot pulakk..♬ original sound - Nazeera Ummi

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut terhibur selain ada yang memuji aktres tersebut kekal cantik biarpun hampir terjatuh.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz - “Bukan Sebab Dia Ada Buat Salah Tapi…”

gempak
07/05/2024
23:55 MYT
Ummi tak nak lagi bekerjasama dengan Aliff.
Hollywood

Vanessa Hudgens Beri Kejutan, Tayang Kehamilan Di Oscars 2024

gempak
11/03/2024
04:32 MYT
Hollywood sedang meraikan anugerah berprestij, Oscar 2024 di Dolby Theatre.
Laman Utama

"Buat Suami, Berhati-Hati Dalam Tutur Bicara... Share Live Location Walau Tak Diminta" - Dr Izzar

gempak
27/11/2023
09:53 MYT
Beli jiwa isteri tu...
Laman Utama

Suami Ummi Nazeera Mula Tambat Hati Netizen - “Ah Sudah, Aku Dah Minat Doktor Daripada Bini Dia”

gempak
03/09/2023
13:55 MYT
Kelakar juga Dr Izzar ini...
Laman Utama

“Sepanjang Hidup Saya Lalu Belakang…” Bell Ngasri Muncul Di Red Carpet, Mahu Enjoy Siap Datang Jadi Barkoba

gempak
21/07/2023
13:55 MYT
Bell Ngasri berserah pada rezeki.