Semalam, nama pengsohor dan usahawan kontroversi Nur Sajat kembali menjadi bualan apabila dia membiarkan telefon bimbitnya menayangkan aksi dirinya yang sedang lena tidur.

Aksinya yang sedang tidur itu dikongsikan menerusi sesi siarang langsung (live) di platform media sosial TikTok. Difahamkan Sajat terlupa untuk menamatkan sesi live yang diadakan sebelum ini.

Lucunya, ramai yang memberikan reaksi terhadap gaya tidur yang dipaparkan oleh Sajat.

Menerusi ruangan komen pada sesi siaran langsung itu, pengikut Sajat dan juga netizen meninggalkan komen-komen yang kedengaran agak lucu.

@rolexnotforex @nursajat85 asmr dari sajat #sajat #nursajat #nursajat23 #sajatkelakar #fyp #tiktokmalaysia ♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU - RUNTAH - DJ MANIKCI REMIX

"Hujung-hujung dengkur macam karburetor RXZ"

“Confirm viral satu Malaysia.”

“Bunyi mustang.”

“Tidur pun cantik.”

Ketika rakaman tangkap layar yang dibuat Gempak, sekitar 3,600 orang yang menonton Sajat sedang tidur.

Untuk rekod, trend menyiarkan siaran langsung ketika sedang tidur sudah menjadi ‘amalan’ dalam kalangan pengsohor TikTok.

Memang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka berbuat demikian dan uniknya, ramai yang gemar menonton aksi sedang tidur yang dipaparkan secara langsung.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!