Penyanyi Bad Indigo sekali lagi mahu membuktikan kewujudan kekasihnya kepada semua terutama netizen menerusi satu kemas kininya di Instagram (IG).

Menerusi hantaran berkenaan, Bad atau nama lengkapnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, mendedahkan satu video berserta rakaman suara yang disunting didakwa teman wanitanya.

"Hai...Assalammualaikum bi, Badrul Izhan kekasih hatiku. I dekat Popular (kedai buku) ni nak cari buku. I rindu you bi," kata wanita dari rakaman suara terbabit.

Bagaimanapun, wajah yang dipercayai kekasihnya itu telah ditutup dengan emoji smiley love difahamkan Bad masih tidak mahu mendedahkan identiti wanita berkenaan.

Dalam perkongsian yang sama di dalam kapsyen, Bad membalas perkongsian video dari wanita terbabit dengan memberitahu dia juga merindui kekasihnya itu.

"Miss you too (Saya juga rindu awak) #RDM dengan emoji love.

"Semoga Allah pelihara hubungan kita ini dan lindungi dari fitnah dan hasutan.

"You are very special and rare for accepting me as i am. (Awak juga sangat istimewa dan sukar ditemui kerana menerima diri ini seadanya). Tq so much. (Terima kasih banyak) Love you (saya cinta awak),"tulisnya.

Terdahulu perkongsian bad mengenai wanita yang didakwa kekasihnya itu dengan hanya menayangkan sipi-sipi wajahnya dianggap sekadar berilusi oleh netizen.

Bagaimanapun, Bad menafikan dakwaan netizen itu dengan memberitahu dia ada alasan tersendiri untuk tidak mendedahkan wajah wanita yang dipercayai kekasihnya itu.

Untuk rekod, Bad dan penyanyi Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 bagaimanapun mereka bercerai pada Jun tahun lalu.

A post shared by Badrul Izhan Yeop Abdullah (@bad.indigo_official)