Hampir setahun mendirikan rumah tangga, isteri kepada pelakon Zaki Azeman iaitu Raa Suzuran berkongsi berita gembira mengenai dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama.

Raa yang juga adik kepada pelakon Jaa Suzuran itu memuat naik kompilasi video dia berkongsi mengenai kehamilannya dengan ahli keluarga di TikTok.

“Bismillah... berbulan Raa edit dan simpan video ni. There is always a reasons and why kita tak share about our privacy and now kita dah ready nak share dengan korang.

“Jadi dah tak ada eh makcik bawang nak tanya yang pelik-pelik,” kongsi Raa.

Pada perkongsian yang sama, Raa turut mendoakan agar semua pasangan yang masih berusaha juga dikurniakan cahaya mata.

“Dan sudah tentu, Raa doakan juga untuk korang yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat,” kata Raa lagi.

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Untuk rekod, Zaki Azeman sah bergelar suami kepada Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raa pada 29 Mei tahun lalu.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@raasuzurann

Bismillah... Berbulan Raa edit & simpan video ni. There is always a reasons & why kenapa kitorang tak share about our privacy ?? and now kitorang dah ready nak share dengan korang, so dah takde eh makcik bawang nak tanya yang pelik2 ? and of course Raa doakan juga untuk korang yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat ?? hugs ??

♬ Bagaikan Langit (Remix Version) - Putih Abu-Abu