Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

[VIDEO] Influencer Terkejut Pemuda India Terus Buka Kasut Bila Cabar Mengaji Al-Quran! Bila Ditanya, Rupanya…

Syafiqah Jalal
20/04/2023 09:57 MYT
Pempengaruh, Qawiyaro atau mesra dengan panggilan Qawi terkejut apabila buat pertama kalinya bertemu dengan seorang pemuda Islam yang secara tiba-tiba membuka kasut selepas sahaja diberikan Al-Quran.

Menerusi cabaran program HypeHafiz episod kedua, Qawi seperti biasa mencabar orang awam di jalanan yang kali ini sekitar Sogo Kuala Lumpur untuk ‘tebuk’ dia mengaji secara rawak di mana-mana muka surat dalam Al-Quran.

Dalam episod kali ini, Qawi bertemu dengan seorang pemuda dari negara India. Pemuda itu disuruh mencabar Qawi untuk membaca mana-aman ayat dalam Al-Quran kemudian disambung oleh Qawi. Jika tak berjaya dia akan memberikan wang tunai bernilai RM50 kepada pemuda itu.

Namun apa yang mengejutkan caranya membuka kasut itu adalah salah satu budaya di India dalam menghormati Al-Quran.

“Saya buka kasut sebab saya pegang Al-Quran, kerana kami sudah diajar cara untuk menghormati Quran di sana (negaranya) seperti mana kita menghormati Allah swt,” jawabnya.

Bagaimana pun seperti biasa Qawi berjaya menyambungkan ayat Al-Quran yang dibaca dan tidak perlu mengeluarkan wang seperti yang dijanji.

Qawi yang kagum dengan cara pemuda India itu memberitahu budaya hormat kepada Al-Quran adalah berbeza untuk seluruh umat sedunia dan ianya sangat indah.

Dalam episod dua ini Qawi berjumpa dengan ramai yang sudi menyahut cabarannya iaitu selain rakyat Malaysia, terdapat juga warga Somalia, India, Morocco dan ramai lagi.

Menerusi cabaran HypeHafiz ini, Qawi akan cabar orang ramai pula untuk tebuk dia ngaji. Orang awam akan selak mana-mana surah dalam Al-Quran, kemudian membaca mana- mana surah atau ayat untuk Qawi sambung. Jika bacaannya salah, orang awam berkenaan akan menerima RM50,

Qawiyaro merupakan seorang hafiz Al-Quran 30 juzuk seawall usia 13tahun lagi. Dia merupakan seorang content creator atau tiktoker. Konten yang dilakukan biasanaya adalah membuat cabaran kepada orang awam beragama Islam dengan menerjah mereka mengaji di jalanan dengan membawa board tertulis “Anda Baca, Saya Sambung Ayat Al-Quran, Saya Salah Anda Dapat RM50”

Tonton episod penuh Hype Hafiz di laman Gempak, Facebook dan Youtube Gempak di bawah:
#Al-Quran #Buka #India #Mengaji #Kasut #Cabar #Qawi