Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

[VIDEO] "Ini Hadiah Buat Penonton Setia" - Konsert Ulang Tahun Ke-10 MeleTOP Sukses! 5 Hos Kemudi Acara Serentak

Shahrin Zulkifle
08/11/2022 22:00 MYT

Selepas sedekad bersiaran, program  hiburan MeleTOP meraikan ulang tahun ke-10 dengan menganjurkan sebuah konsert, MeleTOP 10th Anniversary yang berlangsung di Auditorium MBSA, malam tadi.

Tirai konsert dibuka dengan persembahan daripada penyanyi Khai Bahar dan Stacy yang membawakan medley beberapa untaian buah lagu popular.

Jeritan penonton yang hadir semakin kuat didengar sejurus gandingan lima orang hos diperkenalkan iaitu Nabil Ahmad, Hawa Rizwana, Uyaina Arshad, Sherry Al Hadad dan Elly Mazlien.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Sementara itu, Penolong Naib Presiden Gen Next Astro, Razlin Irawati Johar, berkata penganjuran konsert tersebut dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia program MeleTOP.

“Konsert ini adalah untuk menghormati dan memberi kembali kepada peminat, dengan mengadakan persembahan artis dan hadiah MeleTOP.  

“Kami di MeleTOP meraikan Ulang Tahun ke-10 kami hari ini.

"Terima kasih kerana bersama kami selama 10 tahun. Kami tidak akan berada di sini hari ini tanpa anda (penonton)", katanya kepada Gempak.

Razlin berkata demikian ketika ditemui sejurus selepas konsert MeleTOP 10th Anniversary.

Dalam pada itu, konsert tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan artis ternama seperti Aina Abdul, Hael Husaini, Haqiem Rusli, dan Black Hanifah.

Bertambah meriah lagi, apabila penyanyi popular dari Indonesia, Cakra Khan turut hadir memeriahkan malam konsert dengan membawakan lagu Mencari Cinta Sejati.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MeleTOP (@meletop)


Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. 
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Nabil Ahmad #Meletop #Uyaina Arshad #Hawa Rizwana #Sherry Al Hadad #Elly Mazlien #Konsert MeleTOP