Gelagat selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli menyarung busana yang dipakai usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida pada acara fesyen, Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW) baru-baru ini mencuit hati wargamaya.

Menerusi kemas kini di Instagram, Iqbal memuat naik video dia menyarung busana yang sama diperagakan Vida ketika di atas pentas acara fesyen terkemuka tersebut.

Difahamkan busana berwarna-warni berkenaan merupakan jenama fesyen terkenal, Behati.

Bagaimanapun, gelagat bersahaja Iqbal yang menyarung busana tersebut telah menghiburkan pengikutnya.

“Haha terima kasih Iqbal menghiburkan hari saya.

“Kau dah kenapa Iqbal oi, hahah kelakar la.

“Baju apa awak pakai, haha.

“Suka hati awak lah Iqbal, asalkan awak bahagia hehe,” antara komen wargamaya.

Menerusi hantaran yang sama, Iqbal turut dilihat menemani Vida ke acara tersebut sambil berjalan disisi usahawan berkenaan.

Dalam pada itu, pelantun lagu Hujan itu memaklumkan tindakannya menyarung busana berkenaan adalah sekadar untuk menghiburkan Vida dan menceriakan suasana.

“Saya tidak boleh terlalu serius apabila dengan dengan Vida. Kalau nampak sahaja beliau masam, cepat-cepat saya buat sesuatu,” tulisnya pada kapsyen.

Sementara itu, keakraban yang dipamerkan Iqbal dan Vida telah menimbukan usikan nakal wargamaya yang mendoakan agar mereka kembali berkawan rapat semula dan dipertemukan jodoh.

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Terdahulu, Vida yang menyarung busana tersebut telah mendapat reaksi kurang senang netizen apabila ada yang melihat dia tidak sesuai berpakaian sedemikian disebabkan faktor usia dan ada juga yang mempertikaikan penampilan usahawan itu menyerupai seorang badut.

BACA: “Dah Tua Baru Nak Fesyen Macam Tu Lah Rupanya” – Netizen Rasa Vida Kurang Sesuai Berfesyen ‘Pelik’