Menerima Anugerah Gempak Hall Of Fame, isteri kepada personaliti media sosial Sofyank yang dikenali sebagai Nabilah meluahkan rasa bangga melihat kejayaan suaminya itu.

Nabilah menerusi laman sosialnya mendedahkan sejak tujuh tahun lalu, dia sentiasa menjadi individu pertama yang melihat hasil karya suaminya sebelum dikongsikan kepada umum.

“Tahniah suami, saya sangat berbangga dengan awak. Sejak tujuh tahun lepas, saya la orang pertama yang dia akan tunjukkan hasil video dia sebelum dia post.

“Tanya pendapat saya, tanya apa yang patut di improve. Walaupun masa tu saya langsung tak pandai bab editing. Tapi still saya akan puji, dan yakinkan dia yang video-video yang dia hasilkan sangat bagus,” katanya.

Menurut Nabilah, dia melihat kerja keras dan pengorbanan Sofyan yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam menghasilkan setiap video.

Berasa sebak ketika menulis perkongsian ini, Nabilah mengakui dia adalah individu yang paling bahagia melihat suami tercinta berasa gembira ketika mengambil anugerah tersebut.

“Semua penat lelah, kerja keras dia membuahkan hasil. Saya tahu setiap pengorbanan dia untuk video-video yang dia hasilkan. Saya ada di saat dia kecewa, stress dan letih.

“Dia korbankan tenaga dan masa untuk impian dia. Tapi awak tak pernah ‘putus asa’. Menitis air mata saya sambil tulis ni. Tapi semalam (Ahad), saya adalah orang yang paling bahagia melihat satu-satunya orang yang saya cintai gembira.

“Semoga suami saya akan terus berjaya dan memberi manfaat untuk orang lain. Your wife, who always proud of you,” ujarnya.

Gempak Most Wanted Awards 2022 menyaksikan 9 kategori dipertandingkan, satu anugerah khas iaitu Anugerah Gempak Hall Of Fame serta keseluruhan Anugerah Gempak Most Wanted 2022.

Anugerah Gempak Hall of Fame pula diberikan kepada personaliti media sosial terkenal iaitu Sofyank yang banyak mengharumkan nama Malaysia di luar negara.

Bagi Anugerah Gempak Most Wanted diungguli oleh pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad yang juga membawa pulang trofi anugerah Digital Influencer Tergempak.

A post shared by ??????ℎ (@theabyl)