Nama Nur Fazura kembali menjadi bualan netizen di TikTok selepas tular video jam tangan mewah milik selebriti terkenal itu.

Seorang pengguna TikTok memuat naik gambar Fazura yang memakai jam tangan berjenama ketika sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, Fattah Amin baru-baru ini.

Malah dalam video tersebut juga disertakan dengan harga jam tangan jenama Patek Philippe itu dianggarkan bernilai lebih RM4 juta.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap rendah diri pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin yang tidak gemar menayang kemewahan.

Ada juga yang berpendapat ibu kepada Nur Fatima Aisya layak untuk menggayakan perhiasan mewah selaras dengan usahanya bekerja mencari rezeki.

@fazuralotsoflover

???

♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU - RUNTAH - DJ MANIKCI REMIX

“Fazura salah seorang artis yang kaya tapi dia tak menunjuk-nunjuk. Sangat rendah diri dan bersederhana.

“TikTok ni kan baru lagi, jadi tak ramai yang tahu Faz ini memang dari keluarga yang berada sejak dari dulu. Cuma akhir-akhir ini saja orang banyak reveal harta dia.

“Pernah tengok ada satu rancangan dekat Astro, sebelum kahwin dia memang dah ada rumah siap lift. Tapi tak tahu how rich she is… but humble,” komen netizen.

Menerusi ruang komen, ada netizen turut mendakwa pelakon filem Pisau Cukur itu memasang pengawal peribadi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah pengawal peribadi yang ditugaskan menjaga keselamatan Fazura.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!