Penyanyi Ning Baizura berpesan kepada netizen terutamanya pengguna media sosial generasi muda agar tidak keterlaluan mengutuknya.

Kata Ning menerusi beberapa hantaran di TikTok dan Instagram, mereka yang bertindak menularkan sebahagian klip video persembahan Awan Yang Terpilu di pusat persembahan di Kuala Lumpur baru-baru ini dianggap pengecut.

"Kepada BBNU dan budak-budak yang tahu kutuk akak jer buat macam-macam video nak naikkan diri sendiri, terima kasih akak ucapkan.

"Alhamdulillah.. dapat lebih banyak fans dan followers. Soalannya, mampukah anda bertahan selama 30 tahun??

"Tak puas hati datang tengok sendiri show atau concert kakak ya.. Setakat nak kutuk, nak cari kelemahan orang, sesiapa pun boleh buat, orang macam ni namanya oppurtunist, yang suka cut and paste, penakut actually bukan pengikut…. Hmmmmph Allah aja yang tahu kan.

"Alhamdulillah saya masih bertenaga, berupaya, sihat, cantek, bahagia, dan masih bergelar Ning Baizura," tulisnya di TikTok.

Ning Baizura dapat ramai followers

Ning yang turut terkejut dengan jumlah pengikut baharu hingga mencecah lebih 300,000 ketika ini turut berterima kasih atas sokongan peminat setianya.

"Senang jer nak kutuk kan. Jangan kurang hajar ya! Wahai manusia yang bergelar manusia ingatlah
Allah Maha Besar tau!

"Terima kasih kepada peminat yang bagi sokongan di sebalik isu viral ini. Dan yang nak buat lawak, teruskanlah sebab Alhamdulillah lagi viral lagi akak dapat banyak rezeki dan shows ya.

"Tak payahlah nak kesian atau simpati. You don’t know my journey and what I am going through.

Ning Baizura soprano

"The real fans came out and enjoyed the shows and supported me.. The fake fans are plenty on social media.. They just love to make fun and laugh at you.

"Well I am happy to see so many people are suddenly so interested in my sopranos style of singing," ujarnya.



Ning turut memaklumkan persembahan lagu Awan Yang Terpilu sentiasa membuatkannya beremosi ketika menyanyi.

Malah, Ning mendedahkan dia telah menyanyikan lebih 80 buah lagu sepanjang empat hari membuat persembahan di pusat persembahan di ibukota itu sebelum tularnya klip nyanyian Awan Yang Terpilu baru-baru ini.