Baru-baru ini tular video seorang kanak-kanak yang dikatakan wajahnya mirip penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, netizen mengatakan wajah kanak-kanak perempuan yang memakai baju oren dan berhijab itu saling tidak tumpah seperti arwah Siti Sarah.

Tidak hanya bentuk dan lirikan matanya, malah senyuman kanak-kanak itu juga turut mengingatkan netizen terhadap arwah.

Bagaimanapun ada yang mengatakan wajah kanak-kanak menyamai arwah adalah mungkin kerana mengenakan solekan.

Terbaharu, tular sebuah lagi video yang memaparkan kanak-kanak perempuan itu tanpa secalit solekan dan ternyata, seiras arwah Siti Sarah.

@raisuddinhamzah Membalas kepada @sarah_gopa ♬ bunyi asal - Raisuddin Hamzah

Rata-rata netizen meninggalkan komen seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihat oleh mereka.

“Memang senyum dan hidung tu macam arwah Siti Sarah,”

“Tak make up pun memang iras-iras arwah Siti Sarah,”

“Ya Allah… Macam Siti Sarah dilahirkan semula,”

“Muka seiras arwah Siti Sarah... Ada iras-iras sikit. Rindu orang yang tak ada memang sakit kan. Al-Fatihah buat arwah Siti Sarah. Amin,”

Terdahulu. seorang kanak-kanak perempuan tular di media sosial gara-gara memiliki wajah seiras penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.