Impian pelakon Nabila Huda hendak menyelam dan mendekati hidupan laut iaitu jerung terlaksana.

Menurut Nabila ia sesuatu kepuasan dan di luar jangkaannya apabila berpeluang melakukan perkara yang menjadi salah satu 'bucket list' yang diidamkan selama ini.

"Dive with nurse shark! Another bucket list checked..Bukan satu atau dua, tapi berpuluh-puluh..Kat depan muka,tepi kaki,celah ketiak,belakang telinga,atas kepala..cukup semua! Nak sangat kan?haha.

"For me,divesite ni paling favourite la sebab luar dari jangkaan! Haihhh..Life is beautiful..I am super happy!!," katanya.

Anak kepada penyanyi rock lagenda Amy Search itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan dia memuat naik rakaman video saat dia menyelam bersama puluhan jerung yang berada disekeliling tubuhnya.

Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang memberi pelbagai reaksi termasuk rata-rata menganggap ia satu 'kerja gila' serta mengerikan.

"Kecut perut tengok," komen salah seorang pengikutnya.

"Seram tengok shark tu tapi apa-apa pun memang berani," kata salah seorang netizen.

"Nervous jantung tengok!" tulis salah seorang warga maya.

Difahamkan Nabila atau lebih sapa dengan Abil kini sedang bercuti di Maldives bersama rakan-rakannya sejak kurang seminggu yang lalu.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Dalam perkembangan terkini, filem lakonan Nabila Huda berjudul Halimun kini sedang ditayangkan di Astro First saluran 480. Selain Nabila, Halimun turut membariskan pelakon tanah air lain seperti Beto Kusyairy, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim dan Puteri Balqis.

Untuk melanggan Astro First sila ke saluran 480 atau boleh strim di Astro Go atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik filem Halimun menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro First.