Pelakon Zahirah Macwilson akui menghadapi cabaran untuk kembali bekerja selepas bergelar ibu.

Menurut Zahirah selepas dua tahun setengah kembali dari dunia lakonan telah membuatkannya sering merindui anaknya Issac Raees, 1.

“Saya suka apa yang saya lakukan, tetapi sejak menjadi seorang ibu, adalah satu cabaran untuk kembali melakukannya.

“Akhirnya kembali ke drama bersiri selepas 2 tahun setengah. Saya telah berada di set setiap hari, terlalu merindui Issac saya.

“Pulang ke rumah dia berlari ke arah saya, menjerit "mummy!!" adalah perkara yang membahagiakan saya,” katanya.

Isteri kepada aktor Aiman Hakim Redza itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri itu pelakon Bulan Dan Pria Terhebat itu memuat naik video dia bersama anaknya yang sedang bergurau senda.

Meninjau ke ruangan komen rata-rata terpesona dengan kecantikkan Zahirah meskipun sudah bergelar ibu.

“Kadang-kadang terlupa Zahirah ni dah kahwin haha sebab asyik tengok video zahirah masa budak kecil,” komen salah seorang netizen.

“Mesti dia tak sabar tunggu mommy dia balik dari shooting,” kata salah seorang warga net.

“Kenapa makin cantik ni,” puji salah seorang warga maya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu. Zahirah selamat melahirkan Isaac di Perth pada 5 Januari lalu.

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)