Isteri kepada Shuk Sahar yang dikenali sebagai Rossa Sera memberitahu pelawak itu sendiri yang mengajaknya ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama.

Menurut Sera, tujuan Shuk mengajaknya sebagai titik permulaan kehidupan baharu mereka sebelum mengetahui keputusan mahkamah mengenai kemelut rumah tangganya.

“Untuk umrah ni, ada la Shuk yang mengajak… sebagai titik permulaan atau pengakhiran untuk keputusan mahkamah yang akan diketahui bila kami balik umrah.

“Kiranya satu titik permulaan hidup baru untuk diri masing-masing,” kata Sera ketika dihubungi Gempak.

Bagaimanapun Sera berkata apa jua keputusan mahkamah sama ada baik atau tidak, dia dan Shuk mahu menjadi lebih bertanggungjawab dalam menguruskan anak-anak mereka.

“Apa jua keputusan mahkamah sama ada positif atau negatif, pada saya apa yang sudah, sudah la. Saya mahu fokus kepada anak-anak dan manakala Shuk pula fokus pada perniagaannya.

“Saya dan Shuk mahu berubah menjadi lebih baik dalam urusan anak-anak dari segi tanggungjawab. Macam saya sebagai ibu, dan Shuk pula dari segi nafkah anak-anak serta apa jua yang tidak dititik beratkan sebelum ini,” ujarnya.

Biarpun berdepan dengan kemelut rumah tangga sejak beberapa tahun lalu namun Shuk dan Sera memulakan tahun baharu dengan menunaikan umrah bersama pada Ahad.

Bukan hanya Sera, rombongan ke Tanah Suci itu turut disertai jemaah umrah lain seperti rakan perniagaan Shuk.

Untuk rekod, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu selepas pelawak itu didakwa curang.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3 tahun.

BACA: [VIDEO] Netizen Luah Rasa Syukur! Shuk Sahar Tunai Umrah Bersama Rossa Sera- “Nervous Tapi Happy Sangat…”

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)