Status rumah tangga pelawak Shuk Sahar dengan isterinya yang dikenali sebagai Rossa Sera masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Biarpun berdepan dengan kemelut rumah tangga sejak beberapa tahun lalu namun Shuk dan Sera memulakan tahun baharu dengan menunaikan umrah bersama pada Ahad.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Sera memohon semua orang mendoakan agar dia dan Shuk dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik selain umrah yang mabrur.

“Assalammulaikum semua, doakan kami berdua supaya dapat umrah yang mabrur, dapat perbaiki diri. Nervous tapi happy sangat. Alhamdulillah,” tulisnya secara ringkas.

Rata-rata netizen mendoakan Shuk dan Sera kembali bersama malah mereka juga memuji pelawak itu yang dilihat sudah berubah menjadi lebih baik.

“Bagusnya dia… tanggungjawab. Semoga Syuk dapat perbaiki mana yang salah dan berjodoh kembali demi anak-anak.

“Aku pasti Syuk ada kawan-kawan yang sangat baik yang selalu nasihatkan dia. Sebab tu Allah beri jalan pada dia dan Sera.

“Suka tengok Syuk yang sekarang banyak dah berubah… semoga bersatu kembali,” antara komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu selepas pelawak itu didakwa curang.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3 tahun.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@rossa.sera Doakan kami berdua? #fyp #rossasera #shuksahar ♬ Ojo Dibandingke Steve Wuaten Remix 2022 - stevewuaten_