[VIDEO] Kereta Pernah Terbakar, Erysha Emyra Akui Trauma Nak Memandu - "Memikirkan Nak Pergi Kerja, Jadi Terpaksalah Guna ..."
Firdaus
28/05/2024 04:25 MYT
28/05/2024 04:25 MYT
Pernah terpalit dengan insiden mencemaskan di mana kenderaan jenis Mini Cooper yang dipandu terbakar secara tiba-tiba, pelakon, Erysha Emyra tidak menafikan detik hitam itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dirinya.
“Mula-mula tu Erysha takutlah nak bawa kereta...
Menurut pelakon drama Chinta Wrong Direction itu, dia mengakui pada awalnya agak takut untuk memandu kereta tapi terpaksa mengatasi perasaan tersebut demi meneruskan kariernya dalam bidang lakonan.
“Mula-mula tu Erysha takutlah nak bawa kereta, tapi Erysha tak boleh nak ikutkan perasaan tu lama sangat sebab masa tu tak ada orang yang boleh pandu Erysha ke set penggambaran.
“Erysha rasa selepas dua ke tiga minggu selepas kejadian memang Erysha beranikan diri untuk pandu kereta. Jadi nak tak nak Erysha kena berhadapan dengan takdir Erysha juga,” kongsinya.

Belum Ada Kereta Baharu
Berkongsi lebih lanjut, Erysha ketika ditemui di sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju yang berlangsung di Zebra Square pada Khamis lalu menyatakan bahawa dirinya tidak mempunyai kenderaan sendiri sehingga sekarang sebaliknya hanya memandu kereta milik ibu bapanya sahaja.
“Erysha pakai kereta keluarga sahaja sekarang. Memikirkan kerja dengan beg dan barang-barang semua untuk pergi ke set, kalau naik Grab susah, tak ada tempat nak letak,” ujarnya.
Sekadar info, sekitar November tahun lalu, Erysha berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaikinya tiba-tiba terbakar ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Bagaimanapun, Erysha berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan kejadian itu.

BERITA TRENDING: Mini Cooper Biru Erysha Emyra Rentung Terbakar Tepi Highway!
Dalam perkembangan terbaharu, Erysha membintangi drama baharu terbitan Astro berjudul Cinta Untuk Sekali Lagi memainkan watak sebagai Anne.
Drama Cinta Untuk Sekali Lagi ditayangkan bermula 27 Mei setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di mana ia menampilkan pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Meerqeen, Ozlynn Wati dan Haidar Hasanudin.