Selepas mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada Mac depan, pelakon Zarina Anjoulie kini dilihat sedang sibuk mempersiapkan diri menuju hari bahagia.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instargram, Zarina berkongsi momen dirinya sedang memilih cincin perkahwinan bersama bakal suami yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey.

Kata Zarina atau mesra disapa Anju, dia memohon doa orang ramai agar urusanya bersama pasangan dipermudahkan.

“Alhamdulillah, hari ini selesai beli cincin kahwin. Minta you guys doakan ya.

“Terima kasih banyak-banyak sebab ramai wish dan beri moral support pada kami berdua,” tulisnya pada kapsyen.

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Selain Khazrul, Anju turut ditemani oleh kedua ibu bapanya yang turut sama membantu memilih cincin yang sesuai untuk disarungkan pada jari Anju.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut menitipkan doa buat kedua mereka selain tidak sabar menanti hari bahagia Anju bergelar isteri kepada Khazrul.

BACA: Zarina Anjoulie Dilamun Cinta, Bakal Berkahwin Mac Depan - “Saya Percayakan Dia Untuk…”

BACA: “Saya Sayang Awak Dunia Akhirat” - Netizen Terharu Lihat Kekasih Zarina Anjoulie Ajak Beli Tudung, Pakaian Muslimah

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.