,
Laman Utama

[VIDEO] Zarina Anjoulie Dilamun Cinta, Bakal Berkahwin Mac Depan - “Saya Percayakan Dia Untuk…”

Asyikin Mayudin
30/12/2022
08:50 MYT
Bukan lagi rahsia, selebriti Zarina Anjoulie mengumumkan dia dan teman lelakinya yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey bakal berkahwin tidak lama lagi.
Zarina atau mesra disapa sebagai Anju menerusi laman sosial berkongsi video memperlihatkan keterujaan dia menempah baju perkahwinan di butik kesukaannya.
Menerusi perkongsian itu, teman lelaki Anju juga sedang mendapatkan ukuran baju untuk hari bahagia mereka.
“Salam guys, sangat teruja untuk hari ini sebab pergi tempah baju Anju dan Anju takkan cari orang lain buat baju kahwin. Hanya hansminofficial sahaja!
“He is the best! Baju semua cantik-cantik, saya percayakan dia untuk baju kahwin saya. Masa kahwin dulu pun mereka yang buat baju Anju,”katanya.
Malah, pereka fesyen yang akan membuat persalinan untuk Anju dan kekasihnya itu juga mendedahkan pasangan tersebut bakal mengadakan majlis pada bulan Mac.
“Kita tulis majlis bulan tiga ya,” katanya.
Bagaimanapun, Zarina ketika dihubungi Gempak enggan memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut dan mengatakan segala info sudah dikongsikan di Instagram.
“Saya tak nak ulas apa-apa… apa-apa yang saya post di IG saya itu la semua info ya,” jawab Zarina secara ringkas kepada Gempak.
Terdahulu, Zarina memperkenalkan lelaki berkenaan sebagai guru renang anak lelakinya, namun kini hubungan mereka berdua tidak lagi dirahsiakan.
Sejak akhir-akhir ini Zarina dan cinta hatinya juga kerap memuat naik video kemesraan mereka di TikTok dan Instagram.
BACA: “Saya Sayang Awak Dunia & Akhirat” - Netizen Terharu Lihat Kekasih Zarina Anjoulie Ajak Beli Tudung, Pakaian Muslimah
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Suka Hidung Lama, Kurang Selesa Bab Tayang Pembedahan, Anju Mohon Maaf - “Itu Tajaan, Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya”

gempak
01/09/2024
23:52 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie memohon maaf sekiranya ada pihak kurang selesa dengan hantaran di media sosial yang memaparkan dirinya menjalani pembedahan kosmetik hidung.
Hiburan

Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung Berjaya, Rasa Lebih Yakin Depan Kamera

gempak
01/09/2024
05:52 MYT
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menzahirkan rasa gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Hiburan

Muat Naik Video Azal Cerita Tentang Kemaluan, Zarina Zainuddin Nafi Buka Aib Anak - “Saya Hanya Nasihat, Otak Korang Yang Lucah..”

gempak
24/08/2024
09:26 MYT
Selepas mendapat teguran keras daripada netizen gara-gara berkongsi video anak lelakinya, bercerita mengenai keadaan alat sulit, pelakon Zarina Zainuddin tampil memberikan penjelasan.
Hiburan

Dedah Diri 'Buat Muka', Zarina Anjoulie Minta Orang Ramai Doakan Fatiya Latiff - "Doa Yang Baik-Baik"

gempak
21/08/2024
12:25 MYT
Pelakon, Fatiya Latiff baru-baru ini mengakui bahawa dirinya ada membuat prosedur kecantikan pada bahagian wajah kerana faktor usia yang semakin meningkat.
Hiburan

Nora Danish Anggap Luahan Anju Rindukan Nedim Sebagai Sahabat - “Mereka Kawan Lama, Dah Macam Best Buddy"

gempak
17/07/2024
03:02 MYT
Pelakon, Nora Danish menganggap hantaran Insta Story aktres Zarina Anjoulie merindui bekas suaminya, Nedim Nazri hanyalah sebagai luahan seorang kawan yang merindui sahabat lamanya.