Laman Utama

[VIDEO] Kontroversi Komedian Hina Agama Islam, Nabil Ahmad; "Satu Orang Keluar Islam, Sejuta Lagi Nak Peluk Islam"

Shahrin Zulkifle
18/07/2022
01:00 MYT
Rentetan isu Club CrackHouse, kali ini pelawak dan pelakon, Nabil Ahmad berpendirian teguh dan tegas mempertahankan kesucian agama Islam.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di TikTok rasmi Gempak, Nabil berkata biarpun ada yang cuba menghina dan memalukan Islam, namun dia percaya akan ada ramai lagi yang ingin bersama Islam.
“Kalau baru-baru ini ada seseorang beragama Islam dia nak tunjuk dia keluar dari agama. Hari ini kita bawa masuk agama dalam diri kita.
“Ustaz saya pernah berkata, andai hari ini kita bantu agama Allah, Allah akan bantu agama kita.
“Jangan pernah risau andai ada yang ingin keluar dari agama, satu orang yang keluar maka akan ada sejuta orang lagi yang ingin memeluk Islam” kata Nabil.
Nabil berkata demikian ketika di sidang media rasmi ERA Fm yang bertempat di Tiffin at The Yard, Jalan Ipoh, Sentul pada Jumaat sekaligus memperkenalkan beberapa segmen baharu yang bakal bersiaran bermula Isnin ini.
Nabil atau nama aslinya Ahmad Nabil Ahmad, 38, turut mengambil kesempatan kepada tetamu yang hadir pada majlis itu untuk bersama-sama membantu menjaga nama baik agama Islam.
Sementara itu, di ruangan balas ramai yang tersentuh hati dan berbangga dengan tindakan yang dilakukan oleh ayah kepada tiga orang cahaya mata itu.
“Insyallah, Allah bersama dengan orang yang istiqomah, terbaik Nabil.
“Tengoklah betapa hebatnya orang yang dah nampak jalan hebat dalam Islam, jati diri Nabil sangat kuat.
“Dia betul-betul kota kan janji dia, dulu ada orang pernah tanya pada Nabil kenapa tidak mahu keluar industri, dia kata engan industri dia akan cerita pasal Islam,” antara komen yang ditinggalkan.
@astrogempak Ayat Nabil memang deep! #fyp #sembangentertainment #beritaditiktok ♬ original sound - Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).