Populariti pelakon Meerqeen bukan sahaja di Malaysia malah bakat lakonannya juga sudah berkembang ke negara jiran iaitu Indonesia.

Malah di TikTok tular video pendek drama lakonan Meerqeen di Indonesia berjudul Modus Operandi menarik perhatian peminatnya.

Bukan sahaja teruja melihat kejayaan Meerqeen di negara seberang, malah rata-rata peminat berseloroh meminta artis kesayangan mereka itu dipulangkan semula ke Malaysia.

“Tolong pulangkan Meerqeen… kalau nak juga ambil Baby Shima saja.

“Kembalikan Meerqeen kami! Kami akan tukarkan dengan Baby Shima untuk anda semua!

“Meerqeen dah famous dekat sana dah… jangan tak balik Malaysia ya,” komen beberapa peminatnya.

Terdahulu, Meerqeen tampil dalam sebuah drama web berjudul Modus Operandi sudah ditayangkan pada 4 November lalu menerusi saluran YouTube Bank Negara Indonesia.

Menariknya, Meerqeen diberikan peranan sebagai teraju utama dalam drama berkenaan dan gembira dapat bekerjasama pengarah yang cukup berpengalaman iaitu Makbul Mubarak.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@minky860 padahal cuman mau jualan nasi goreng??#meerqeen #yusufmahardika #kristoimmanuel #modusoperandi #BRI #fypシ #fyp #foryou ♬ Ayang - Nabila Maharani