Selain menghasilkan drama bersiri dan program carta mingguan, Gempak Original terus mengorak langkah dengan menampilkan sebuah konten hiburan baharu berjudul “Lawak Atau Koyak”.

Lawak Atau Koyak merupakan Gempak Original Content yang berkonsepkan temubual spontan dan berjenaka yang luar daripada kebiasaan yang akan dikongsikan di seluruh platform media sosial Gempak.

Lawak Atau Koyak dihoskan oleh Khalique yang berperanan sebagai wartawan hiburan dengan membawa karakter lurus bendul dan ‘gila-gila’ yang akan menemubual selebriti tanah air berkaitan dunia hiburan, program serta drama baharu.

Video pertama Lawak Atau Koyak yang baharu sahaja dimuat naik di laman sosial Gempak telah menyorot perhatian wargamaya apabila ramai yang terhibur dengan gelagat Khalique ketika sedang menemubual pelakon Didie Alias bagi program The Masked Singer Malaysia musim ke-3 (TMSM3).

Pada video tersebut, Khalique banyak kali ‘ditegur’ oleh Didie gara-gara soalan yang diajukan agak menguji kesabarannya.

Bagaimanapun, apa yang membuat keadaan menjadi lucu apabila hos tersebut tersalah anggap dengan menyangka Didie adalah orang yang akan mengemudi TMSM3. Namun sebaliknya Didie merupakan salah seorang juri bagi program tersebut.

Dengan wajah yang polos, hos itu berkata dia hanya menyediakan soalan bagi menemubual hos TMSM3 dan bukannya juri.

Bertambah lucu lagi, apabila Didie berseloroh dengan meminta Khalique untuk pulang ke rumah dan membuat kajian (research) terlebih dahulu sebelum datang menemubual dirinya.

Momen tersebut telah membuat ramai wargamaya terhibur. Malah rata-rata mereka yang singgah ke ruangan balas merasa lucu melihat gelagat Khalique dan aktres tersebut.

Jom layan telatah Khalique menemubual Didie Alias dengan menyaksikan video penuh Lawak Atau Koyak di bawah

@astrogempak Wartawan baru kene sound dengan Mumy Didie Alias #LawakatauKoyak #TheMaskedSingerMalaysia #siapadisebaliktopeng #SembangEntertainment ♬ original sound - Gempak

***

Selain Didie Alias, TMSM3 turut membariskan selebriti Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Atu Zero dan Misha Omar. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut- turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

TMSM3 bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.