Video Lelaki Dipercayai Pelawak Pukul Penghantar Makanan Tular
Maliah Surip
04/05/2021 02:37 MYT
04/05/2021 02:37 MYT
Sebuah video lelaki yang dipercayai seorang selebriti dan pelawak terkenal tahun 90an memukul penghantar makanan di tepi jalan raya tular di media sosial sejak malam tadi.
Video dengan durasi sekitar 24 saat itu dipercayai dirakamkan oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di dalam sebuah kenderaan.
Tanpa menyatakan lokasi kejadian, kedengaran seorang wanita bercakap mengenai aksi pelawak lelaki yang jelas sedang memukul seorang penghantar makanan sambil ditenangkan oleh beberapa pengguna jalan raya lainnya.
Gempak yang melihat video tersebut menerusi Malaysian Crime Watch menyaksikan pelawak yang juga pelakon terkenal itu merangkul leher penghantar makanan dan memukul kepalanya.
Dia yang kelihatan memakai baju berwarna putih kemudian didengar memberi amaran kepada mangsa dengan nada suara yang tinggi.
Sebelum ini, selebriti sama didakwa kerana menumbuk muka dan menendang warga emas yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah taman perumahan di Nilai, Negeri Sembilan pada tahun 2019.
Dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul individu terbabit.
Kredit Foto: Malaysian Crime Watch