LAMAN UTAMA
[VIDEO] Lepas Tracie Sinidol & Qasrina Karim, Muncul Lagi Seorang ‘Kembar’ Mira Filzah
Video seorang wanita tular dan menjadi bualan pengguna laman TikTok apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon popular, Mira Filzah.
Wanita yang menggunakan nama @shyaziry itu memuat naik satu hantaran video melakukan trend lagu viral Swipe nyanyian rapper Alyph.
Pada hantaran tersebut, wanita berkenaan manis mengenakan tudung jenis bawal bewarna kelabu cerah.
@shyaziry ??..... ?♬ SWIPE - ALYPH
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya mengatakan raut wajah wanita tersebut salin tak tumpah seperti aktres Mira Filzah.
Malah, tidak kurang juga yang memuji kecantikan wanita berkenaan.
_4.png)
Terdahulu, dua lagi selebriti yang turut dikatakan memiliki wajah mirip Mira Filzah iaitu juara program Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol dan pelakon baharu, Qasrina Karim.
Must-Watch Video