Video Lucah Dijual RM20 Di Twitter, Peminat Minta Penjelasan Syafiq Kyle

Rozaimi Zubaidi
Mei 28, 2018 03:24 MYT
Kecoh di media sosial apabila video lucah milik lelaki mirip pelakon, Syafiq Kyle yang tular dijual pada harga RM20 di laman Twitter sejak semalam (Ahad).
Video yang tular itu menunjukkan ia menyaksikan lelaki berkenaan sedang berbual tentang perkara yang tidak senonoh selain dia mengajak wanita itu untuk melakukan hubungan seks sekiranya mereka berjumpa.
Video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat di media sosial sejak Jumaat lalu.
Rata-rata peminat Syafiq mengakui terkejut selepas melihat video yang wajah lelaki itu hampir serupa dengannya dan mereka meluahkan rasa tidak percaya.
Mereka berharap agar Syafiq dapat tampil memberi penjelasan kepada umum mengenai video yang tular itu.
Sehingga kini Syafiq belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai video itu.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#pelakon #Pelakon #Syafiq Kyle