Tular ketika sambutan Hari Kemerdekaan 2022 di Terengganu, baru-baru ini apabila beberapa anggota bomba dilihat meninggalkan barisan mereka gara-gara melihat kehadiran pendawah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Anggota bomba itu dilihat teruja selepas ternampak penceramah itu sama-sama menyaksikan perarakan tersebut.

Mereka sanggup keluar baris dan berhenti untuk bersalam dan bergambar dengan penceramah selebriti tersebut.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip tersebut juga turut terhibur dan menyifatkan anggota-anggota Bomba itu begitu menghormati golongan agama seperti Azhar Idrus.

Terbaharu menerusi satu video di TikTok dan dimuat naik semula ke akaun Instagram Azhar Idurus menjawab mengenai kejadian yang tular itu.

Pemuda yang memuat naik video itu yang menulis ‘UAI Jawab Isu Bomba Keluar Barisan’

pada mulanya bertanyakan berapa jauh penceramah itu berbasikal.

Kemudian bertanya mengenai perkara yang tular itu.

“Sebenarnya dia Pas (parti politik) bukan Barisan (Barisan Nasional),” jawabnya berseloroh sambil berlalu pergi.

Video itu dalam masa yang sama memainkan lagu parti politik Barisan Nasional.

A post shared by Ustaz Azhar Idrus (@uaioriginal)