Pelakon Datin Paduka Eina Azman akui berat untuk berpisah dengan pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Mega selepas lima tahun berkhidmat dengan keluarganya.

Menurut Eina Azman, kesedihan berpisah dengan pembantu rumahnya yang sudah dianggap seperti keluarga itu amat memberi kesan kepadanya selepas Mega pulang ke Acheh, Indonesia pada 26 Jun lalu.

“Akhirnya Mega pergi tinggalkan saya dan keluarga untuk pulang ke Acheh bersama keluarga tersayang selepas 5 tahun berkerja dengan kami sekeluarga.

“Ya Allah rasa sedih tu tak tau nak cakap. Macam tengah breakup dengan boyfriend. Bayangkan Datuk pun boleh menangis bila tengok kamu pulang. Rumah saya sekarang dah sunyi sebab tiada siapa dah cakap kuat-kuat, gelak dan buli Aubrey dan Karl,” katanya.

Pelakon The Maid itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram mililknya.

Menerusi hantaran yang sama dia memuat naik suntingan video bersama Mega dan kali terakhir berpisah dengan pembantu rumahnya termasuk momen suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmet Harden yang turut mengalirkan air mata.

“Terlalu banyak kenangan saya dengan Mega. Dulu dia selalu jahit untuk kecilkan baju saya, teman saya memasak di dapur, tukang buat rambut saya dan Aubrey, tukang pilih baju dan beg bila saya nak keluar, tukang ambil gambar dan video untuk saya, dan peneman untuk buat tiktok, teman saya pergi shooting,siap boleh bertukang di rumah.

“Mega ni semua benda dia nak buat…Bila Mega dah balik ni rasa macam lost kejap, sebab saya dah tiada teman nak bergaduh dan marah. Saya rindu nak kenakan kamu makan benda-benda pedas, rindu marah kamu dan last sekali kita dua akan menangis sebab dua-dua hati tissue,” luahnya lagi.

Tambah Eina dia yakin jika ada pembantu rumah yang baharu tak mungkin sama seperti hubungan keakraban yang telah dibina bersama Mega.

“Memang betul boleh amik bibik baru, tapi yang baru belum tentu boleh click dengan saya dan Mega hmmm…

“Mega saya bukanlah majikan yang sempurna adakala saya tegur dan marah kamu… Maafkan saya kalau saya buat kamu sedih atau kecilkan hati kamu. Tapi saya nak kamu tahu yang saya sayang kamu Mega.

“Tugas saya dan dato’ sebagai mak bapak kamu di Malaysia dah selesai. Saya harap kamu happy di kampung. Kita 0-0 ok. Jangan lupa video call saya selalu. Take care Mega,” ucapnya.

Selain Mega, Eina mempunyai dua lagi pembantu rumah yang masih bersama berkhidmat di rumahnya.

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Mengenai perkembangan lain, Eina bakal muncul dalam The Maid 2 yang akan ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 6 Julai 2022 melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Menariknya dalam The Maid 2 nanti peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana, Nadia dan Fika selepas mereka diceraikan oleh Jay, penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.

Dalam musim baharu ini, Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay. Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.

Sekuel dengan 12 episod ini mengembalikan semula barisan pelakon asal seperti Sherry Alhadad, Datin Seri Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nabil Aqil dan Norman Hakim. Musim terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.

Khas untuk pelanggan Astro, mereka berpeluang menyaksikan dua episod pertama secara serentak, juga pada 6 Julai 2022 mulai jam 9.30 malam secara strim menerusi On Demand. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati siri komedi ini di Astro.

Selain itu, Video Pengakuan The Maid 2 (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05 mulai 6 Julai. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.