Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] “Macam Mana Nak Berkomunikasi, Awak Sentiasa Memaki Hamun Saya” - Syamsul Yusof Mengaku Block Puteri Sarah Bersebab

Mya Amri 10/01/2023 | 21:29 MYT
Pengarah, Syamsul Yusof akhirnya tampil menjawab semula mengenai dakwaan isterinya, Puteri Sarah Liyana berhubung penyekatan nombor telefon bimbit.
Syamsul menjelaskan dakwaan tersebut dalam hantaran video terbaharu yang di muat naik di akaun Instagramnya sebentar tadi.
Menurut Syamsul, dia mempunyai sebab menyekat nombor telefon isterinya dan tujuan mendedahkan perkara itu kerana mahu mengelakkan diri dari terus difitnah.
“Kenapa saya block? Saya tak nak cakap sebab nanti macam saya nak salahkan isteri pula tapi… Sekali lagi saya beritahu ini semua untuk mengelakkan fitnah, urusan kelaurga orang tidak tahu tetapi orang menilai sekadar kata-kata itu.
“Saya beritahu sedikit untuk anda semua faham kenapa saya block isteri saya, kerana saya seorang yang tidak suka bergaduh, macam mana saya nak berkomunikasi dengan awak wahai Puteri Sarah.
“Awak sentiasa memaki hamun saya, kau aku kau aku, saya dah tak ada ruang untuk berbicara, atau pun tiba-tiba awak Whatsapp saya maki hamun, jadi saya rasa ini memudaratkan jadi saya block.
“Ya saya block kerana itu. Saya tidak mahu hubungan kita semakin teruk, makin keruh, makin mudarat. Jadi ya saya block. Tetapi bukan saya tidak menghiraukan awak, perbelanjaan awak, segala-galanya saya telah berikan, anak-anak kita, saya laju je bagi sebab saya kerja untuk awak, keluarga, anak kita,” jelasnya.
BACA: Puteri Sarah Dedah Dah Setahun Kena Block Syamsul Yusof - "I Suruh You Kahwin Sebab I Tak Nak Bersubahat Dengan Maksiat"
Tambah Syamsul lagi, selama ini mereka berdua berkomunikasi menerusi keluarga.
“Bila awak kata saya block awak, awak dok canang benda tu, selama ni kita berkomunikasi melalui ibu awak, mak saya, orang gaji, adik saya, adik awak, kita berkomunikasi selama ini.
“Sebab itu video saya bila saya kata jom, ayuhlah kita berbincang. Baik-baik saya cakap, cukuplah tu kita bebrincnag di rumah. Jangan kongsikan aib rumah tangga. Saya pun boleh cerita fasal awak juga, tapi saya tak mahu.
“Sebab itu juga selama ini saya telan semuanya. Orang tak tahu hal sebenar, kamu tidak tahu hal urusan rumah tangga orang. It’s okay, sabar sabar, tetapi dah makin teruk, sebab itu terpaksalah stand up di sini beritahu sedikit yang anda tidak tahu. Itu punca kenapa saya block,” jelasnya.
Saksikan video penuh di bawah:

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Terdahulu, Puteri Sarah telah memohon suaminya, Syamsul Yusof agar 'melepaskannya' dengan cara baik kerana dirinya tidak sanggup hidup bermadu dengan wanita yang baru dikahwini Syamsul.
BACA: "Mohd Syamsul, Saya Minta Lepaskan Saya" - Puteri Sarah Tak Rela Dimadu
Jumaat lalu, Syamsul Yusof mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri.
Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga sekarang.
BACA: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand
BACA: "Ya, Puteri Sarah Masih Isteri Saya" - Syamsul Yusof Rayu Pulang Ke Pangkuan, Selesaikan Masalah Di Rumah
BACA: "Letak Semua Kesalahan Pada Saya?" - Puteri Sarah Ucap Tahniah Tapi Dakwa Syamsul & Ira Dah Lama Nikah
#Syamsul Yusof #Puteri Sarah #Puteri Sarah Liyana #Komunikasi #Block Telefon #Masalah Rumah Tangga
;