Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] “Masa Saya Kahwin Dulu Dia…” - Mamat Tak Dapat Datang Wedding Shuib Sebab Kerja, Siap Buat Video Call

Mya Amri
25/06/2023 00:58 MYT
Pelawak, Mamat Sepah memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan sahabatnya iaitu Shuib kerana komitmen kerja terhadap program Mega Spontan 2023.

Bagaimanapun kata Mamat, dia ada menghubungi Shuib pada hari pernikahannnya untuk mengucapkan tahniah.

“Masa petang itu saya ada menghubungi Shuib. Dulu masa dia kahwin pun saya ada. Saya orang terakhir datang sebab ada penggambaran dan sangat sibuk masa itu.

“Jadi dipendekkan cerita, untuk yang kedua ini pula saya buat video call dengan dia sekejap, walaupun line tak berapa cantik saya hubungi dia.

“Saya kata good luck brother. Selamat pengantin baru maaf saya tak dapat datang,” katanya kepada Gempak.

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)


Dalam masa yang sama, Mamat juga sempat mengimbas kembali memori perkahwinan Shuib bersama arwah Siti Sarah Raissuddin yang dihadirinya.

“Saya masih ingat, 10 jambang bunga ros saya beri pada arwah ketika itu. Masa saya datang, arwah menangis.

“Kemudian masa saya kahwin dulu, Shuib pernah beri saya duit, terima kasih Shuib, beribu dia kasi. Terima kasih.

“Saya tak dapat nak hadir. Selamat pengantin baru buat Shuib, saya doakan berkekalan hingga ke syurga,” ujar Mamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gabra Momen 'Blackout', Air Mata Sebak Watie & Bapa Arwah Siti Sarah, Ini 10 Kisah Menarik Majlis Kahwin Shuib-Watie

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Shuib & Watie Kini Sah Suami Isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Jadi Syuib! Nama Salah Eja Di Welcome Board, Wedding Planner Pantas Buat Damage Control! - “Kami Terus…”

ARTIKEL BERKAITAN: “When I Need Someone To Talk, Dia Akan Ada Walaupun Cerita Itu Tentang Arwah Sarah…” - Shuib Hargai Watie, Dedah Perangai Isteri

Terdahulu, dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini suami kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) kira-kira jam 8.47 malam.

Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288.

Dalam pada itu, pihak lelaki juga menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.
#Kahwin #Shuib #Mamat Sepah #Wedding #Shuib Watie #Mega Spontan 2023 #Mega Spontan
;