Kisah sayu dan menyayat hati seorang lelaki yang sebak melihat isterinya maut dipercayai terperangkap di dalam sebuah kereta yang sedang terbakar semalam tular dan mendapat perhatian.

Rata-rata tidak dapat menahan sebak apabila terdapat video yang dirakam ketika kejadian isteri meraung kesedihan meratap apa yang berlaku.

Pendakwah bebas, Ustaz Adnin Roslan juga tidak ketinggalan mengulas mengenai kisah yang sedang diperkatakan ramai itu.

Ustaz Adnin yang diminta mengulas oleh netizen itu berkata seseorang yang mati akibat kebakaran akan mendapat Syahid di akhirat.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada suami dan ahli keluarga mangsa di atas pemergian arwah.

“Kedua saya nak sampaikan satu hadis Nabi tentang seseorang yang mati kerana kebakaran adalah orang yang akan mendapat syahid di akhirat, Insya-Allah.

“Jadi mudah-mudahkan saya doakan arwah dimasukkan ke syurga tanpa hisab,” katanya.

Ustaz Adnin menjawab soalan itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Ustaz turut berharap kasih sayang suami itu bakal menemukan mereka di syurga kelak.

“Ketiganya saya sebak bila melihat seorang suami yang menyaksikan isterinya terbakar depan mata tidak berhenti berulang kali menyebut nama Allah, itu tanda iman yang cukup hebat yang ada pada suami itu.

“Saya doakan mereka dapat ditemukan kembali dalam syurga dan berbahagia di sana insya-Allah,” doanya.

Kejadian yang tular semalam itu dipercayai berlaku selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 45, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan sebelum simpang Sedenak, Kulai, Johor.

Tangisan pilu lelaki tersebut telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya sebelum ia dimuat naik di laman Facebook oleh seorang individu dikenali sebagai Ridzema Naj.

Menurut individu tersebut,kejadian itu menyebabkan kereta dinaiki mangsa terbakar dan difahamkan lebuh raya ditutup sepenuhnya ketika ini oleh pihak berkuasa.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna bersimpati dengan lelaki tersebut dan mereka mendoakan agar individu itu tabah serta kuat menghadapi dugaan itu.

A post shared by Adnin Roslan (@ustazadnin)