Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

[VIDEO] : "Memang Kita Kena Tunggang Agama Pun..." - Buka Cerita Cerai Dengan Isteri Pertama, Da'i Farhan Beri Pesanan Kepada Adik

Kamaruddin Razal
05/12/2019 14:06 MYT
Pendakwah sensasi Da'i Farhan membuka  kisah perceraian dengan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil, Fatin Nurul Ain Mat Aris.

Ditemui di Astro Bukit Jalil selepas tampil sebagai tetamu program bual bicara Mingguan Wanita siang tadi, Farhan turut memberikan pesanan kepada adiknya.

BACA: "Abang Yang Tidak Bertanggungjawab!" - Adik Tampil Bersuara... Dedah Ibu Tak Restu, Da'i Farhan Buang Keluarga?

Adik Farhan, Nik Fatma Amirah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan abang kandungnya menceraikan isteri pertama.

Semuanya anda boleh saksikan dalam video temu bual di bawah bersama:


Sebelum ini tular kisah peribadi Farhan apabila dia mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah.

BACA: "Dendam Sampai Meroyan Viralkan Fitnah!" - Dai Farhan Jawab Isu Surat Terbuka Kahwin Janda Anak 8

Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya namun kenyataan telah disangkal oleh Fatin.

BACA: "Tipulah Tak Kecewa, Marah & Stress" - Reda Dalam Paksa, Isteri Pertama Dai Farhan Akhirnya Bersuara

Pendedahan pernah didampingi oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri Farhan kembali mencetuskan ketegangan di media sosial.

BACA: "Allah Dah Tetapkan Kita Nikah Tarikh Itu" - Da'i Farhan Jawab Sebab Madukan Isteri Pertama Sedang Sarat Hamil

BACA: Da’i Farhan Buat Laporan Polis Dan Bakal Saman Pemfitnah

Dan terbaharu, seorang peguam wanita mendedahkan Farhan telah menceraikan Fatin menerusi aplikasi WhatsApp dan terbang ke China bersama isteri keduanya.

BACA: Selepas Nikahi Janda Anak 8, Da'i Farhan Didakwa Cerai Isteri Pertama Yang Sedang Sarat Hamil Menerusi WhatsApp

BACA: Isteri Da'i Farhan Mengaku Kena Cerai Talak Satu Melalui WhatsApp, Nafi Nusyuz! - "Saya Terima Takdir Selepas Terima Orang Ketiga ..."

Fatin turut mengaku telah diceraikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember lalu.
 
#Kontroversi #Da'i Farhan