LAMAN UTAMA
[VIDEO] “Mendudalah Aku Sampai Tua” - Bukan Tunang! Netizen Geli Hati, Rupanya Kena Game Dengan Sharnaaz
Teka-teki mengenai status Sharnaaz Ahmad akhirnya terjawab selepas pelakon itu memuat naik hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya sekaligus menjelaskan salah faham netizen.
Video tersebut merakamkan Sharnaaz memakai baju Melayu lengkap bersama anak lelakinya, Jebat Jayden sedang berbual antara satu sama lain di atas pelamin.
Bagaimanapun tidak seperti yang netizen harapkan, video tersebut bukanlah merakamkan detik pertunangan sebaliknya hanya video promosi produk minuman kesihatan.
Lebih geli hati lagi dialog Jebat bersama bapanya juga mencuri perhatian netizen.
“Haha kesian dekat baba,” kata Jebat sambil ketawa.
“Penyamun punya budak, haih mendudulah aku sampai tua,” ujar Sharnaaz.
Video Sharnaaz itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berasa geli hati kerana di ‘scam’ Sharnaaz namun tetap mendoakan pelakon Polis Evo 3 itu bertemu jodoh yang baik.
Antara komen yang diterima:
“Penat tengok sampai, terkono kita guys,”
“Hahaha dia punya marketing tu anak hantu betui,”
“Adoi kena prank pulak, pandai pula Jebat ni main peranan. Semoga Sharnaaz bertemu jodoh yang baik-baik,”
Terdahulu, Sharnaaz tampil menjelaskan hubungannya dengan gadis yang dilihat mesra hadir memeluk tangannya ketika Malam Gala Tayangan Perdana Filem Polis Evo 3, di TGV, KLCC baru-baru ini
Berkata kepada Astro Gempak, Sharnaaz memberitahu dia dan gadis yang juga seorang pelakon baharu bernama Amelia Christie itu masih berada dalam fasa berkawan.
Kehadiran Sharnaaz bersama gadis itu mencuri perhatian ramai selepas pertama kali mereka membuat kemunculan berdua di tayangan perdana berkenaan sehingga tamat.
Sharnaaz turut mengulas mengenai dakwaan dia telah mengawal wanita tersebut. Katanya, tidak salah untuk berbuat demikian sekiranya ke arah kebaikan.
Sementara itu, disoal mengenai penerimaan anak lelakinya, Jebat Jayden terhadap wanita tersebut, aktor berusia 37 tahun itu berkata, perkara itu perlu mendapatkan penjelasan daripada anaknya sendiri.
Bagaimanapun, dia melihat, hubungan tersebut masih boleh diteruskan.
Sharnaaz sebelum ini pernah memaklumkan bahawa dirinya sedang berkawan rapat dengan seseorang, namun enggan berkongsi terperinci mengenai hal itu yang dianggap peribadi.
Malah nama aktres Amelia Christie menjadi sebutan ramai selepas sahabat karib bekas isterinya, Noor Nabila iaitu Rosix yang dikatakan terlepas menyebut nama aktres berkenaan.
Must-Watch Video