gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Lelaki Dipotong Kemaluan Gara-Gara Dituduh Guna…
HIBURAN
Worth The Wait Papar Perit Peroleh Anak, Ini Tips Untuk Kekal Positif & Jangan Menyerah
HIBURAN
Tak Sempat Rai Kemenangan, Sophia Albarakbah ‘Diserang’ Komen Negatif & Mesej Lucah - “Memang Dia Bersyukur…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Kongsi Foto Beri Bayangan Sudah Bertunang? Ini Respons Sharnaaz Ahmad…

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
30/05/2023
06:25 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Foto Beri Bayangan Sudah Bertunang? Ini Respons Sharnaaz Ahmad…
Tular foto memperlihatkan pelakon Sharnaaz Ahmad memakai baju Melayu lengkap bersama anak lelakinya, Jebat Jayden dan seorang wanita yang mengenakan busana sedondon berwarna biru di atas pelamin.
Bagaimanapun, foto yang dimuat naik Sharnaaz dengan kapsyen seakan-akan memberi bayangan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita berkenaan telah dipadam.
“Maaf bukan lagi duda pilihan anda!!,” tulisnya dengan meletakkan tanda pagar #SxAeday, #MamuKenaGari dan #DalamHatiAdaTaman.
Sharnaaz ketika dihubungi Gempak bagaimanapun memberitahu foto tersebut sekadar gimik sahaja.
“Tak. Gimik, itu sahaja,” jawab Sharnaaz secara ringkas menerusi WhatsApps kepada Gempak.
Terdahulu, Sharnaaz tampil menjelaskan hubungannya dengan gadis yang dilihat mesra hadir memeluk tangannya ketika Malam Gala Tayangan Perdana Filem Polis Evo 3, di TGV, KLCC baru-baru ini
Berkata kepada Astro Gempak, Sharnaaz memberitahu dia dan gadis yang juga seorang pelakon baharu bernama Amelia Christie itu masih berada dalam fasa berkawan.
Kehadiran Sharnaaz bersama gadis itu mencuri perhatian ramai selepas pertama kali mereka membuat kemunculan berdua di tayangan perdana berkenaan sehingga tamat.
Sharnaaz turut mengulas mengenai dakwaan dia telah mengawal wanita tersebut. Katanya, tidak salah untuk berbuat demikian sekiranya ke arah kebaikan.
Sementara itu, disoal mengenai penerimaan anak lelakinya, Jebat Jayden terhadap wanita tersebut, aktor berusia 37 tahun itu berkata, perkara itu perlu mendapatkan penjelasan daripada anaknya sendiri.
Bagaimanapun, dia melihat, hubungan tersebut masih boleh diteruskan.
Sharnaaz sebelum ini pernah memaklumkan bahawa dirinya sedang berkawan rapat dengan seseorang, namun enggan berkongsi terperinci mengenai hal itu yang dianggap peribadi.
Malah nama aktres Amelia Christie menjadi sebutan ramai selepas sahabat karib bekas isterinya, Noor Nabila iaitu Rosix yang dikatakan terlepas menyebut nama aktres berkenaan.
Topic Berkaitan
#Sharnaaz Ahmad
#Sharnaaz
#Amelia
#Amelia Christie
#Sharnaaz Amelia
#Sharnaaz bertunang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement