Penyanyi Nourul Depp enggan memaafkan segelintir netizen yang bertindak mengecam dan melemparkan kata-kata negatif kepadanya hanya kerana menyambut Hari Natal bersama keluarga mentua baru-baru ini.

Kata Nourul, sebelum ini dia pernah menasihati netizen agar menjaga kata-kata, bagaimanapun nasihat itu tidak diendahkan sehingga membuatkan dia tidak mahu memaafkan mereka yang menfitnahnya.

“Merangkak lah kamu nanti di sana (akhirat) mencari aku. Inilah contoh yang menconteng arang ke muka yang lain yang benar beramal.

“Dengan kata-kata "baik" mengecam orang lain. Sesudahnya tahu kita tidak memaafkan, mula lah nak minta ampun

“Dah beribu kali dah cakap. Tidak saya ampunkan. Kita semua ada basic agama. Mengumpat, mengeji itu dilarang. Tapi tetap dibuat. Itu sebabnya saya tak maafkan,” katanya.

Nourul meluahkan rasa kesalnya itu menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya pada Isnin.

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Dalam masa sama, pelantun lagu Kerana Terluka itu turut berkongsi beberapa tangkap layar memperlihatkan mesej permohonan maaf yang diterima daripada netizen yang mengakui kesalahan mereka.

“Hi assalamualaikum kak Nourul. Saya nak minta maaf pasal komen tu. Saya tuju untuk umum bukan untuk awak seorang. Saya harap awak tak terasa hati, saya pun bukan ahli syurga, tapi saya harap kita semua sama-sama dapat menuju ke syurga. Maaf jika teguran saya kat komen mengguris hati awak.

“Assalamualaikum puan Nourul. Saya mohon maaf ye kerana komen saya yang mungkin mengguris hati puan. Saya mendoakan semoga puan Nourul sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya selalu.Aamiin,” antara permohonan maaf yang diterima.

Terdahulu Nourul berkongsi momen meraikan sambutan Hari Natal bersama keluarga mentua di kediaman mereka di Bali, Indonesia telah mendapat perhatian wargamaya.

Ini kerana, segelintir wargamaya mempersoalkan tindakannya menyambut perayaan berkenaan memandangkan dia seorang beragama Islam.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.