Doktor selebriti, Dr Say Shazril teruja akhirnya dia memilik kereta idaman sejak waktu kecil iaitu jenama Jaguar untuk kegunaan diri dan keluarganya.

Menurut Dr Say, dia sekali lagi memilih kereta jenis SUV (kenderaan utiliti sukan) selepas memikirkan tentang kepentingan membawa keluarga dan anak-anak.


“Saya suka akan kereta jenama Jaguar sejak kecil tanpa sebab kerana Ibarat ia melambangkan kelainan & exclusivity.


“Sejak berkeluarga, kereta sedan bukan lagi pilihan utama saya. Dengan stroller anak-anak, car seat , SUV is the car I’m looking for.

“Mujur Jaguar bawak keluar its first SUV back in 2016 & redesign it in 2021. Kalau korang tengok dan fikir “simple je rupa SUV ni”. Well simple is what I love about it,” tulisnya.

Dr Say berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri itu dia memuat naik rakaman video saat menerima kereta berkenaan yang berwarna merah bersama isterinya.

Tambah Dr Say dia bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga yang dipercayai meluaskan rezekinya.

“Dalam kesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga saya kerana tanpa mereka, mungkin saya masih dengan Perodua Viva hingga ke harini.

“Percayalah rezeki berkeluarga tu teramat luas dan indah,” katanya lagi.

Dr Say juga turut memberitahu kereta miliknya yang digunakan sebelum ini akan diberikan kakaknya yang bakal menimang cahaya mata ketiga.

“Apa jadi kereta lama? Saya bagi pada akak saya yang bakal menimang anak ketiganya Oktober nanti.

“Sekarang dia pakai Ford Fiesta moga Hyundai Tucson saya boleh memberi sedikit keselesaan kepada dia sekeluarga,” ujarnya.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)