Perkongsian video memperlihatkan penyanyi rap terkenal MK K-Clique dan isterinya iaitu Siti Hajaar yang sedang memandu kereta tidak memakai tali pinggan keledar dengan betul mengundang kritikan netizen di laman sosial.

Bagaimanapun MK tampil memohon maaf atas kesalahan mereka itu dan turut berterima kasih kepada semua orang yang memberi teguran kepada mereka.

“Saya ingin minta maaf kepada semua orang kerana beri contoh yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab dengan video yang saya upload berkenaan usik isteri tengah memandu dan tak pakai tali pinggang dengan betul.

“Itu adalah tanggungjawab dan kesalahan saya. Berterima kasih kepada semua yang memberi nasihat dan teguran. Saya mengaku kesalahan saya, tak ada alasan memang salah,” katanya.

Dalam pada itu, MK turut memberitahu dia akan lebih berhati-hati dan peka sebelum memuat naik sesuatu perkongsian di laman sosial agar tidak menggores hati mana-mana pihak.

“Saya harap video ini menjadi kesedaran kepada semua orang dari kesilapan saya di mana tidak mengutamakan keselamatan.

“Saya berharap kita dapat belajar dari pengajaran dan kesilapan saya sebelum ini untuk memuat naik sesuatu kandungan kita harus peka dan berhati-hati di keadaan sekeliling, utamakan keselamatan, dan orang sekeliling kita tanpa melukakan hati sesiapa, tanpa beri contoh yang tidak baik.

BACA SINI: [VIDEO] MK K-Clique Kongsi Momen ‘Love At First Sight’ Dengan Siti Hajaar - “Sombong Tapi Alhamdulillah Ia Adalah Perkara Yang…”

“Harap ia boleh beri kesedaran kepada semua pihak untuk mengutamakan keselamatan. Kita harus lebih peka. Semoga video saya itu beri pengajaran dan contoh agar tidak akan diulangi lagi.

“Semoga kita lebih berhati-hati dan jaga keselamatan untuk orang tersayang, diri kita dan orang lain,” ujarnya.

Sebelum ini tular video MK bergurau senda dengan isterinya Siti Hajaar Syeikh Nordin yang sedang memandu di atas jalan raya.

Dalam aksi romantis dan bersahaja mereka, netizen pula melihat kedua-duanya tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika keadaan kenderaan sedang bergerak.

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)