Apa saja yang dikongsikan pelakon Fatin Afeefa dan suaminya iaitu jutawan pelaburan Aliff Awang di laman sosial sejak berkahwin sentiasa menjadi bualan hangat netizen.

Pernah dianggap cantik disebabkan ‘filter’ dan solekan tebal, Fatin menerusi video live TikTok yang tular baru-baru ini tampil membuktikan tanggapan orang terhadapnya salah.

Menerusi Live itu, Fatin melayan permintaan netizen dengan membuktikan dia tidak memakai ‘filter’ untuk menampakkan wajahnya lebih cantik.

“Live pakai effect ke tak? Abang rasa saya ada effect ke tak? Ada gerak tak hidung saya? Ha tak nak filter kan… aku tak pakai filter ni bang.

“Ada nampak eyeshadow bergerak tak? Muka aku memang macam ini! Tak pakai filter ini cakap ada effect,” kata Fatin sambil mengusik-usik wajahnya.

Rata-rata netizen turut berasa kagum dan memuji kecantikan pelakon yang pernah popular menerusi filem Tentang Bulan itu.

“Tiktok ni walaupun tutup filter dia dah memang sedia ada filter dia tapi bagi saya, Fatin memang cantik pun.

“Ada muka dia tanpa make up masa nikah hari itu… sama saja cantik.

“Ini baru betul cantik... no filter. Yakin pada diri sendiri,” komen beberapa netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@yoursbabe_11 #suamiistribahagia #fatinafeefa #artismalaysia #weddingvibes #tiktokmalaysia #fyp ♬ original sound - Yours_