Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, pelakon Fikry Ibrahim juga tidak sabar menunggu keputusan pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Malah menariknya, Fikry turut ‘turun padang’ di Istana Negara pada petang semalam untuk mengikuti perkembangan isu semasa itu.

Kemunculan Fikry ketika siaran langsung Astro Awani di kawasan Istana Negara sempat dirakam netizen walaupun hanya untuk beberapa saat.

“Salam Fikry Ibrahim, dah tahu ke siapa PM10? Nampak busy kat sana,” tulis netizen yang berkongsi rakaman pendek itu.

Secara berseloroh, Fikry yang mengulang siar perkongsian netizen di Twitter berkata tujuan dia berada di sana kerana ingin menghantar (SD).

Namun SD yang dimaksudkan pelakon drama siri Jesnita itu bukanlah akaun bersumpah sebaliknya Secure Digital).

“Mai hantaq (datang hantar) SD (Secure Digital),” kata Fikry.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi spontan Fikry malah ada segelintir mereka berjenaka mengatakan aktor itu bakal menjadi PM10 disamping pelawak Mamak Puteh sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Jangan tiba-tiba esok pagi keluar berita Perdana Menteri ke-10 Fikry Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri Mamak Puteh.

“Bangga tengok hang (kau), dari lawak solo ke pelakon sekarang bakal Perdana Menteri. Hang pakai cheat (tipu) ke?” komen beberapa netizen.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mahu mengajak Fikry berkahwin memandangkan pelakon berusia 28 tahun itu seorang yang kelakar.

“Fikry Ibrahim ini lawak la. Kalau ajak kahwin, dia nak tak eh?” tulis netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)