Penyanyi Malaysia berpengkalan di Amerika Syarikat Yuna meraikan ulang tahun pertama lagu Forevermore.

Menerusi laman social Instagram, Yuna berkongsi sepotong video muzik lagu tersebut yang dirakamkan di sekitar Perlis dan Lembah Klang.

“Cepatnya masa berlalu. Ini pengalaman terhebat dalam hidup saya. Saya suka bekerja dengan setiap orang yang terlibat dalam pembikinan video muzik ini, buatkan saya rasa cukup istimewa.

“Menonton video muzik ini membuatkan saya rindu nak keluar pergi ke tempat-tempat ini. Jangan ambil mudah semua perkara, #stayathome,” pesan Yuna menerusi ruangan kapsyen.

TODAY IS FOREVERMORE DAY! Happy birthday Forevermore- how time flies, still the best experience in my life, I loved working with every single person involved in making this song & shooting this music video, making this whole thing so special to me ? Watching this video again makes me miss being outside and being at all these places. Never taking things for granted. #stayhome Go ahead and click on the link on my profile to watch it again❤️??

A post shared by Y U N A (@yuna) on

Video muzik lagu Forevermore diarahkan oleh suaminya pengarah Adam Sinclair.

Menerusi video muzik ini, Yuna menunjukkan bakat menari dan mempamerkan keindahan beberapa kawasan tempatnya membesar di Perlis.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan ucapan ulang tahun kepada lagu tersebut.

Tidak ketinggalan ada yang turut memuji keindahan bandar Perlis dan Kuala Lumpur yang ditunjukkan di dalam video muzik terbabit.



Forevermore yang dikongsi di laman YouTube 4 April 2019 telah berjaya meraih 2.6 juta tontonan.