Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Video Muzik Rockstar Lisa Blackpink Didakwa Ciplak Travis Scott

Maliah Surip
06/07/2024 13:55 MYT
Mencatat rekod dengan 20 juta tontonan sebaik dilancarkan selama 12 jam, video muzik Lisa Blackpink, Rockstar kini berdepan kontroversi apabila didakwa menciplak hasil kreativiti orang lain.

Tiru Video Travis Scott

Pengarah video muzik Gabriel Moses mendakwa Lisa telah menciplak hasil seninya menerusi lagu FE!N yang dinyanyikan oleh Travis Scott, lapor Koreaboo.

BERITA TRENDING:Makin Gila, Kanye West Umum Isteri Lebih Tidak Berpakaian Tahun ini

Antara babak dalam video muzik yang didakwa ketara telah telah diciplak tim Lisa adalah pada bahagian penari latar memakai serba putih yang mirip dengan aksi dilakukan kanak-kanak yang memakai pakaian sekolah hampir serupa yang ditayangkan dalam Rockstar.

BERITA TRENDING:Cabut Semua Gigi Asli, Kanye West Ganti Titanium Harga RM4 Juta

Video muzik FE!N telah dipasarkan hanya tiga bulan sebelum Lisa kembali ke arena dan menggegarkan dunia dengan kemunculan solo.

Moses menerusi perkongsiannya mengatakan telah meminta syarikat Lisa untuk memberi jawapan tentang insiden tersebut dengan memberikan tempoh sebulan untuk mendapatkan penjelasan.

BERITA TRENDING:Tiga Kali Jadi Janda, Kim Kardashian Tak Pasti Untuk Kahwin Lagi

Sementara itu peminat kedua-dua penyanyi tersebut mula berbalah. Peminat Scott mengatakan adalah hal memalukan apabila bintang sebesar Lisa menciplak idea orang lain tanpa memberi kredit kepada mereka.


BERITA TRENDING:Jalan Yaowarat ‘Lengang’ Ketika Penggambaran MV Rockstar, Lisa Dikatakan Bayar RM2,570 Kepada Setiap Pekedai Supaya Tutup Awal

Bagaimanapun peminat Lisa pula mendakwa Moses yang pernah bekerjasama dengan Pharrell, A$AP Rocky dan Skepta bukan individu pertama melahirkan konsep sedemikian kerana babak yang seakan sama juga terdapat dalam video klip Kendrick Lamar.

Malah ramai yang mengatakan kesalahan sepatutnya ditujukan kepada pengarah video klip Rockstar iaitu Henry Scholfield bukannya Lisa.
#Blackpink #Video #Travis Scott #Lisa #Lisa Blackpink #Rockstar #Fe!n
;