Lagu Zombie oleh kumpulan The Cranberries mencatatkan 1 bilion tontonan di YouTube pada Sabtu, lapor AWANI.

Kumpulan itu melakar sejarah apabila video tersebut menjadi satu daripada enam video muzik di abad ke-20 yang pernah mencatat rekod berkenaan.

Ia juga menjadi video muzik pertama daripada kumpulan Ireland yang mencapai status itu.

The Cranberries sebelum ini telah mengadakan kempen bersama peminat mereka untuk mencapai rekod itu sejak beberapa bulan lalu.



Kumpulan itu dalam satu kenyataan menerusi media sosial menyatakan keterujaan mereka.

“Kami amat teruja dengan berita gembira ini, Zombie mencapai 1 bilion tontonan di YouTube.

“Kami pasti Dolores tersenyum lebar. Terima kasih kepada semua peminat di serata dunia di atas sokongan sejak sekian lama.”

Terdahulu, penyanyi utama kumpulan itu, Dolores O’Riordan meninggal dunia pada Januari 2018.

Sumber : Astro AWANI