Laman Utama

[VIDEO] Netizen Cemburu Ariel Bagi 3 Tiket ‘Guest’ Konsert Noah Kepada Finalis Dewi Remaja - “Macam Mana Boleh Dapat? Adakah Sebab You…”

Asyikin Mayudin
14/11/2022
01:55 MYT
Rezeki tak salah alamat... Itulah boleh digambarkan oleh pramugari yang dikenali sebagai Zeera Azizi apabila dia dapat menonton Konsert Noah Noah Live In KL pada malam Ahad secara percuma.
Lebih menarik, Zeera menerusi laman sosial miliknya berkongsi paparan skrin mesej daripada vokalis kumpulan itu iaitu Ariel sendiri yang memberikan tiga pass atau tiket konsert tersebut.
“Hi Zeera, got your 3 tickets. Nanti ketemu sama dia di venue sekitar pukul 7.30 malam,” mesej Ariel kepada Zeera menerusi DM di Instagram.
Melahirkan rasa syukur atas rezeki itu, Zeera yang juga kakak kepada pelakon Neera Azizi turut berkongsi foto dia bersama Ariel di bilik rehat belakang pentas.
Malah, finalis Dewi Remaja 2018 / 19 ini turut berharap dia berpeluang untuk menonton konsert band Indonesia terkenal itu pada tahun hadapan.
“Alhamdulillah, rezeki. Harap dapat jumpa Noah lagi pada tahun hadapan. Saya simpan sini untuk kenangan terindah,” tulisnya.
Selain cemburu, rata-rata netizen menganggap Zeera yang pernah menceburi bidang lakonan itu sangat bertuah kerana Ariel sendiri yang memberikan tiket kepadanya.
“Pergh… Ariel yang DM dia tau… jadi, ini siapa? Sangat bertuah.
“Ariel memang pencinta wanita namun dia bukan buaya.
“Macam mana boleh dapat? Adakah sebab you stewardess (pramugari),” komen netizen.
Sementara itu, Zeera turut membalas komen netizen yang mendakwa wang adalah segala-galanya untuk mendapatkan sesuatu.
“Tak keluar duit walaupun satu sen pun. Ini semua rezeki,” kata Zeera kepada individu tersebut.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@zeeraazizi7 Alhamdulillah rezeki?? hope to see NOAH again next year! ?? i keep here as a beautiful memory? #noah ♬ Bintang di Surga - Noah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Cita-Cita Asal Angkasawan, Ariel NOAH Terlajak Jadi Penyanyi Popular

gempak
03/01/2024
14:55 MYT
Pernah bercita-cita jadi angkasawan rupanya
Laman Utama

Konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur ‘Penutup’ Yang Sempurna

gempak
13/11/2023
09:39 MYT
Noah tampil maksimal.
Laman Utama

Kotakan Janji! Noah Kembali Konsert Di KL 11 November Ini

gempak
21/10/2023
09:45 MYT
NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR dijadual berlangsung pada 11 November 2023
Laman Utama

Ariel Penat Menyanyi, Umum NOAH Bakal Berehat Panjang

gempak
08/10/2023
08:48 MYT
Kumpulan popular NOAH akan berehat panjang
Laman Utama

Nak Healing? Sufi Rashid Ajak Turun Konsert Galau Singapura! Judika, Noah, Insomniacks, Taufik Batisah Antara Yang Perform

gempak
05/10/2023
12:13 MYT
Konsert Galau pertama kali di Singapura.