Laman Utama

[VIDEO] Netizen Kecam Nyanyian 'Hauk', Kelly Azman; "Saya Tak Peduli, Lagi Bangga Fauziah Latiff Sendiri Yang Komen"

Amri Hassan
12/08/2022
02:51 MYT
Penyanyi, pengacara dan artis versatil Kelly Azman enggan mengambil peduli komen negatif netizen terhadap nyanyiannya dalam lagu 'remake' Fauziah Latiff, Kenari.
Kata Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, netizen berhak untuk menulis pandangan masing-masing di media sosial biarpun dari sudut negatif.
"Saya tak ambil pusing apa komen netizen, saya tak luak pun. Saya ni kalis kecaman. Kecamlah lagi... Bagi saya kenapa perlu saya peduli?
"Rata-ratanya mengecam nyanyian saya. Kata merek hauk, nada rendah, dan saya tak sesuai nyanyi lagu perempuan, tapi bagi saya itu hak netizen mengkritik dan beri komen.
"Tapi saya rasa bangga apabila tuan lagu ini tinggalkan komen di laman sosial saya. Diva Malaysia itu beri kata-kata semangat dan komen positif tentang nyanyian saya dalam lagu itu," ujarnya.
Lagu Kenari yang dirakamkan Fauziah Latiff pada tahun 1996 itu telah digubah semula melodinya oleh Sharon Paul dan dirakamkan oleh Kelly Azman untuk dimuatkan di pelantar media sosialnya.
Kata Kelly, tujuannya merakamkan semula lagu tersebut sebagai tanda apresiasi untuk penyanyi pujaannya, Fauziah Latiff.
"Saya ialah peminat Fauziah Latif dan semua lagu dia memang saya ikuti dari dulu lagi. Tercetusnya idea untuk menyanyikan semula lagu-lagunya apabila mendengar balik lagu-lagu lama.
"Ini salah satu antara lagu yang cukup mendalam lirik dan maknanya. Sebab itulah saya buat balik susunan lagu ini Sharon Paul. Lagu ini dirakamkan semula berserta video klip," tambahnya.
Lagu yang diletakkan di YouTube, TikTok dan Instagram itu mendapat pujian Fauziah Latiff.
"Terima kasih, salah satu lagu kegemaran saya dan kamu menyanyikannya sepenuh hati," tulis Fauziah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

Buka Gerai Makan Di Tengah Kubur, Netizen Seram: “Tengah Malam Mesti ‘Ramai’”

gempak
25/07/2024
09:55 MYT
Sepotong video memaparkan sebuah gerai ‘jajanan’ dibuka di tengah-tengah tanah perkuburan di Pati, wilayah Jawa Tengah, Indonesia berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.